Nov 12, 2011

Nov 2, 2011

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

Pagi yang cerah, terasa ceria sebab berjaya menjadi orang kedua terawal sampai di makmal TMK. Tahniah! Dua jam berlalu tanpa memberi tumpuan di hadapan. Kesian pensyarah, kecewa benar dengan kami kerana mengadu ibarat bercakap dengan tunggul. Kelas terakhir semester satu. Mintak ampun dan maap kat puan sempena raya Haji. Kali ni takda duit raya lagi ke? Hehe :D


Kaki terus melangkah ke kafe. Perut dah berbunyi mengikut rentak zapin sumazau. Eh, ada ke? Ahh, lantak la kita kan 1 Malaysia. Ikan keli goreng menjadi pilihan lagi hari ini. Aku membelek isi dompet yang semakin merisaukan. Takpa, hujung minggu ni elaun masuklah kot. Sekadar menyedapkan hati lalu membayar dengan muka yg tak puas hati. Lagu mana tatau abang tu kira harga? Suka hati tok wan dia letak harga. Haihh :|


Kaki terus melangkah untuk meneruskan hidup. Sampai di persimpangan tangga, langkah terhenti. Berfikir sejenak. Naik atas ke kelas, turun bawah ke library. Kalau di kelas aku tidoq, di library aku baca buku (kalau tidoq pun dlm econ, sedap sikit). Okay, keputusan dicapai setelah yakin dengan istiqarah yg dibuat di tepi tangga. Aku ke library :)


Di library aku pilih port di cerok tok kun jauh dari kawan, senang sikit nak buat kerja jahat. Ahh, malas pulak nak study. Aku berjalan jalan di celah rak-rak buku. Berhenti. Satu buku ditarik dari sudut bacaan psikologi. Positif Membina Kejayaan penulisan Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Aku duduk memulakan pembacaan. Isi kandungan ditilik satu persatu. Menarik. Semangat berkobar kobar ni tapi makin aku selak makin aku panas, makin banyak aku selak helaian seterusnya aku terus lemas tanpa air. Siapa makan cili dialah terasa pedas. Bab Malas; papp, pipi perit terasa ditampar. Bab Tewas Dengan Bantal; kedebukk, terasa senak perut. Bab Kalau...dan Angan-angan; bomm, terasa mcm kena tembak dengan jet pejuang. Bab Tangguh..lagi-lagi Bertangguh; ahh sudah, aku nak menyorok bawah meja. Kena sebijik sebijik kat batang hidung aku. Cili sudah pun membakar seluruh tubuh aku.  Aku tutup buku. Nak balik bilik dan mandi. Terasa panas dan pedas!



Kalau kau tutup telinga mata dan mulut, macam mana kau nak berubah? 
Err, takpa la. Yang penting kau jangan tutup hati kau untuk berubah ^_^