Dec 1, 2011

titik noktah.





BERHENTI DI SINI. 










































Sekian, terima kasih.

Nov 12, 2011

Nov 2, 2011

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

Pagi yang cerah, terasa ceria sebab berjaya menjadi orang kedua terawal sampai di makmal TMK. Tahniah! Dua jam berlalu tanpa memberi tumpuan di hadapan. Kesian pensyarah, kecewa benar dengan kami kerana mengadu ibarat bercakap dengan tunggul. Kelas terakhir semester satu. Mintak ampun dan maap kat puan sempena raya Haji. Kali ni takda duit raya lagi ke? Hehe :D


Kaki terus melangkah ke kafe. Perut dah berbunyi mengikut rentak zapin sumazau. Eh, ada ke? Ahh, lantak la kita kan 1 Malaysia. Ikan keli goreng menjadi pilihan lagi hari ini. Aku membelek isi dompet yang semakin merisaukan. Takpa, hujung minggu ni elaun masuklah kot. Sekadar menyedapkan hati lalu membayar dengan muka yg tak puas hati. Lagu mana tatau abang tu kira harga? Suka hati tok wan dia letak harga. Haihh :|


Kaki terus melangkah untuk meneruskan hidup. Sampai di persimpangan tangga, langkah terhenti. Berfikir sejenak. Naik atas ke kelas, turun bawah ke library. Kalau di kelas aku tidoq, di library aku baca buku (kalau tidoq pun dlm econ, sedap sikit). Okay, keputusan dicapai setelah yakin dengan istiqarah yg dibuat di tepi tangga. Aku ke library :)


Di library aku pilih port di cerok tok kun jauh dari kawan, senang sikit nak buat kerja jahat. Ahh, malas pulak nak study. Aku berjalan jalan di celah rak-rak buku. Berhenti. Satu buku ditarik dari sudut bacaan psikologi. Positif Membina Kejayaan penulisan Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Aku duduk memulakan pembacaan. Isi kandungan ditilik satu persatu. Menarik. Semangat berkobar kobar ni tapi makin aku selak makin aku panas, makin banyak aku selak helaian seterusnya aku terus lemas tanpa air. Siapa makan cili dialah terasa pedas. Bab Malas; papp, pipi perit terasa ditampar. Bab Tewas Dengan Bantal; kedebukk, terasa senak perut. Bab Kalau...dan Angan-angan; bomm, terasa mcm kena tembak dengan jet pejuang. Bab Tangguh..lagi-lagi Bertangguh; ahh sudah, aku nak menyorok bawah meja. Kena sebijik sebijik kat batang hidung aku. Cili sudah pun membakar seluruh tubuh aku.  Aku tutup buku. Nak balik bilik dan mandi. Terasa panas dan pedas!



Kalau kau tutup telinga mata dan mulut, macam mana kau nak berubah? 
Err, takpa la. Yang penting kau jangan tutup hati kau untuk berubah ^_^

Oct 25, 2011

It's you



NATO
No Action, Talk Only

Perghh, kau ni sembang kencang gila, gilo, giloss, gileww!

Oct 16, 2011

Entah ke mana-mana

Eh eh, wujud lagi blog ni?
dah lama aku tak update, penuh sawang!


Aku berfikir antara dua samada nak lenyapkan blog ni utk selama-lamanya ataupun tidak.
Fikir punya fikir sampai terpaksa bertapa di puncak gunung ledang, aku dah dapat keputusannya.
Err...... TAK JADI NAK DELETE LAH. teheeee :P


Hehe, btw nak tunjuk something special khas buat petama kalinya....



J 1.6 Pendidikan Seni Visual PPISMP 2011
Inilah rakan-rakan sekelas yang bakal aku menghadap selama lima tahun. Insyallah :)

Sep 22, 2011

Transform Cara Kita

Kita 1 Bangsa, kita 1 Negara, kita 1 Matlamat, kita 1 Malaysia



Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera


Anda sudah transform diri sendiri ke belum?

*saya sudah!! dari tona cerah ke gelap =,="

Aug 11, 2011

Betul ke ni??

Hari ni betul-betul menguji hati dan perasaan. I need a shoulder to cry on. Ibu? Dengar suara ibu melalui phone pun hanya tangisan yang mampu aku bunyikan. Letak phone, tanpa sebarang kata. Kawan? Sebab kawanlah aku menangis. Lemahnya aku. Malu rasanya.

Perlu untuk kita tahu. Tak semua orang sempurna. Tak semua orang pandai. Tak semua orang mampu dalam membuat segala hal. Tak semua orang boleh terima benda baru. Tak semua kawan boleh dibuat kawan. 

Bersyukurkah aku dengan nikmat yang aku ada sekarang? Melihat yang lain yang masih ada 'kekurangan' dan melihat yang lain juga dalam keadaan begitu 'selesa', membuat aku terfikir. Tuhan jadikan kita yang serba 'lebih' untuk melengkapi kita sedia 'kurang'.

p/s: Perjumpaan bersama Miss Fatin tadi betul-betul memberi pengajaran. Terima kasih :')  *ayaq mata jatuh lagi. 

Aug 6, 2011

ADIK..

Adik tak pegang amanah- Hafiz (via facebook)


Adik: Angah sorry. Ikan gapi mati lagi.
Aku: Huh?? -,-


Adik garang- Amalia (via SMS)


Adik: Tlg isikan pastu send kat alia. Cita2, hobi, 
         kegemaran- makanan, minuman, warna, haiwan, rancangan tv.
         Balas selewat lewatnya esk. TC :) 
Aku: Cita2- ditakdirkan jadi cikgu (insyallah). 
        Hobi- melukis orang lidi. 
        Makanan- masakan ibu yg lazat lagi halal.
        Minuman- ayaq  hang bancuh yg tak sedap lagi tawaq.
        Warna- warna warni.
        Rancangan tv- tom tom bak dan geng bas sekolah.
Adik: Serius la sikit angah. Alia nak buat folio ni!


Adik kesayangan- Shu (via voice call)


Adik: Rindu angah. Balik laa. Nanti ayah mai amek angah naa.
Aku: T_T


Adik kuat menjawab/ bodek/ manja- Sarah (via voice call)


Adik: Tak reti la nak puasa, adik mana larat nak bangun sahur.
Aku: Cuba la dulu. Tak reti, belajar. Kalau adik puasa nanti angah bagi duit raya.
Adik: Okay, nanti adik puasa. Bagi duit raya tau.

Jul 26, 2011

Kau aku sama saja.

Kau rasa kau di hadapan, kau toleh belakang.
Kau rasa kau di bawah, kau hulurkan tangan.



Jul 8, 2011

KINI

Begini kisahnya....

Dulunya Kedah, kini Kuala Lumpur.
4 penghuni sebilik, kini menjadi 2 penghuni.
Daripada 5 sahabat, kini bergerak solo.
Tanjung Dawai tempat melepak hingga larut malam, kini DownTown jadi destinasi.
Kelas yang dulunya terlambat 5 minit, kini sampai awal 10 minit.
Hujung minggu wajib pulang ke rumah, kini menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti.
Nasi bujang RM 1.50, kini RM 2.50!!

KINI, hidup aku telah berubah. Itu yang pasti.

Jun 29, 2011

sebelum 20

Alhamdulillah, aku masih panjang usia. 53 minit yang lalu genaplah umur aku yang ke 
19 tahun
Di saat tepat jam 12 malam aku mengucapkan
"SELAMAT HARI LAHIR NUR DALILAH ADNAN"
         dan membisikkan baris baris ayat kursi di dalam hati sebagai penenang. 
Di kala senior senior memberi 'tazkirah' panjang lebar tanpa ucapan secara langsung daripada seorang teman, aku sebak. 
Tak mengapa, mereka tak tahu dan hariku bakal berjalan seperti biasa :')

Jun 17, 2011

bulan mengambang bikin seram


Kau bulan 
Aku bintang
Di atas langit kita bergandingan.
Kalau Bruno Mars talking to the moon
Aku pula talking to the stars
Maka lebih banyak yang sudi mendengar celoteh aku.

bulan hanya cantik dipandang dari jauh -,-

May 21, 2011

The Journey Have Changed.


I have nothing to say other than
ALHAMDULILLAH
percubaan kali ini nampaknya berjaya :)


 

So, I"ve decided and I'll go there.
Dan bermulalah peralihan arah hidup Nur Dalilah Adnan 
dari
Asasi Undang-undang UiTM Kedah 
ke

IPG sebagai Cikgu Seni

May 15, 2011

................

 

Nah, nak sangat kan?
Kalau itu yg kau harapkan,
aku pergi.


May 8, 2011

Lapan Mei

Hari ni 8 Mei. Aku sendiri tak pasti tentang perasaan aku hari ni. Mungkin gembira mungkin juga sedih. Hmm, tak tahu lah. Malas nak cakap banyak, aku teruskan dengan ucapan selamat kepada beberapa agenda hari ini.

8 Mei 1992
 

Selamat Hari Lahir  
kepada
NOOR MUSFIRAH *gambar di atas :)
serta
arwah SILMI :(


8 Mei 2011

Selamat Hari Ibu
kepada
Para-para ibu (yg mempertahankan susu tepung tanpa gula tambahan)
bakal-bakal ibu serta ibu saya
Cikgu Noor Ziha
Angah sayang ibu. I love you..

Apr 27, 2011

Anda ni berseni ke?

Hekk!! Soalan si penemuduga menikam sanubari sungguh.
-______________-

Menurut firasat aku, harapan untuk berjaya mungkin 50% saja kot.
Hasil seni aku kurang WOW macam calon-calon yg lain.
Lagi mengharukan aku cuba mempotretkan wajah si penemuduga di white board.
Penemuduga: tak macam muka saya pun.
Calon D: err, yaka? mungkin ni wajah tuan masa muda muda dulu. *erk mati aku

PS: Aku tau ramai yg doakan aku supaya tak pergi maktab perguruan atas alasan yg baik. Terima kasih(:

Apr 23, 2011

Kenapa mesti Sabtu?

Sabtu, Saturday, Sanivara (hindi)
Aku sebolehnya mahu mengisytiharkan hari Sabtu sebagai hari yg kurang baik dlm hidup aku. Apa malang entah? *Haih, cepat cepat beristighfar panjang. Tak baik kata macam tu tau. Patut sentiasa berdoa agar hari hari mendatang lebih baik dan dimurahkan rezeki. Aminnn :)

Kenapa aku berkata sedemikian?
Haa, mari aku bongkarkan rahsia hari Sabtu aku semenjak dua tiga minggu ni.
Bila datangnya Sabtu, mood aku terus berubah. Macam orang PMS. Semuanya serba tak kena. Semua kerja aku jadi...... haih, susah nak dinyatakan di sini -_____-

Sabtu sebelum ini
Hari ke empat bekerja di cafe (nama dirahsiakan). Awal awal pagi lagi dah rasa lain mcm. Bila start buat kerja, semua jadi kelam kabut (ya, mmg sifat semulajadi pun). Orang ramai, tak menang tangan nak buat itu dan ini. Aku tak cakap banyak pun hari tu. Menurut saja apa yg pekerja lain suruh buat. Al-maklumlah saya budak baru ^^. DAN hari tu jugak lah aku kasi pecah pinggan masa nak clear table. Opps tak sengaja okay. Nasib manager takda tapi CCTV ada!! ketaq teruk habaq hang...
Sabtu berikutnya
Hari ini MUET. Dah rasa lain mcm jugak. Aku jadi slow sangat masa tu. Listening test pun mcm dengar tak dengar saja. Nak buat mcm mana, aku tertidur kot! haiyya, teruk betul. Habis test terus pegi kerja. Macam biasa hari Sabtu ramai orang. Yang ini lagi malang, asyik kena marah dengan manager saja. Sebab?? haa ada la kesilapan kesilapan kecil yg dibuat, eh kesilapan besar kot. Untuk pengetahuan kalian itulah hari terakhir aku bekerja. HAHAHA. Bukan kena pecat tapi aku yg quit. Tak larat dah... *sambil angkat bendera putih =,=
Hari ini, Sabtu
Tak best jugak sebab filem hindustan hari ni tak menepati citarasa. Baik aku tidur. Bye ^_^

Apr 6, 2011

hang cari pakai kepala lutut

Kakak garang : where's my phone?!! sapa amek?! ni yang nak marah ni!
Adik             : dak dak. tak amek pon (muka tak bersalah)
Kakak garang : haih, ada yang nak kena ni (sambil buat muka bengang)
                      ohh, kat sini haa phone, atas kusyen. hee (sengih mcm kerang busuk)
Adik             : cari pakai kepala lutut, tau nak tuduh orang saja.

Ohh, April !!

Kehadapan bulan April yg dikasihi,

Aku mengharapkan agar Bulan April ini
dipenuhi dengan pelbagai kejutan yg manis manis belaka.
Harap segala impian aku dapat ditunaikan dalam Bulan April.
Sekian, terima kasih.


Yang benar,
Dalila Adnan

Mar 26, 2011

Gelapkan malam anda, bukan gelap masa depan.

 

make it dark only for ONE HOUR!!
bukan lama pun kann. 
tak payah kasi macam macam alasan.
tuan-tuan dan puan-puan, saudara dan saudari, 
adik-adik, kakak-kakak, abang-abang serta makcik sebelah rumah;
Just do it like this :)


PS: sebagai pencinta alam dan seorang yg risaukan bumi (global warming makin kritikal) , aku tukar DP facebook tanda sokongan besar kempen EARTH HOUR ini (^_^)


Mar 25, 2011

success or failure


Success or Failure? You choose.
There's only two road to be taken. You choose.
Then, choose the success one. Your choice is right.

Mar 19, 2011

di mana kan kucari ganti



patah tumbuh, hilang tak berganti-ganti.
dia adalah dia, tiada yang lain.
setiap insan yang aku jumpa ada keistimewaan tersendiri.
yang tak ada dalam diri orang lain.
sepanjang perjalanan hidup,
aku tak pernah mencari pengganti bagi sesiapa.

p/s: hari ini 19hb Mac :(

Mar 18, 2011

rasa macam dah tamat, tapi..

Dunia belum berakhir, jika kau tinggalkan aku... (nyanyi sikit)
Hmm, lately jarang update belog nampak. Memanglah, kalut dok study last minute, final exam. Fuhh, sudah lepas. Alhamdulillah. Susah ka senang, tatau nak habaq. Kita tengok jelah results nanti macam mana. 


Rasa macam dah tamat, tapi... ada lagi yang perlu diselesaikan. Bila hitung-hitung balik, banyak lagi benda yg aku perlu buat. Aku berfikir sejenak ketika malam dingin, duduk lepak lepak menunggu ikan makan umpan sambil disapa angin bayu laut. Apa nak jadi dengan hidup ini kalau aku belum punya hala tuju yg betul? Ahh, tak boleh jadi nie. Aku kena bertindak, melakukan perkara=perkara yg masih dalam senarai perlu dilaksanakan dengan segera. Belum terlambat, masih ada waktu :)

Tenang di sini. Kalau boleh nak datang lagi :)

Mar 2, 2011

luahan hati yang tak seberapa nak suci..

Second semester sedang menghampiri penghujung. Kondisi diri makin busy dengan kerja-kerja tertunggak serta study untuk final exam. Masa cepat sangat berlalu. Terlalu banyak enjoy, study entah ke mana mana :|

Dannnnn, semenjak dua menjak tiga menjak nie laa 'hati aku' nak buat perangai. Cepat sangat touching dengan segala benda. Semuanya terkesan di hati. Like seriously, saya sangat terasa dengan anda, anda dan anda sekalian. Nak cakap depan depan susah. Asyik kena bahan ja. Saya tak main main okay. Hmm, berdiam diri lebih baik kot. 

Ya, mungkin anda rasa saya senang dibahan atau tak kisah dibuli. Memang betul saya agak mengada-ngada, manja, menggedik dan apa apa jelah yg related dengannya. Tapi tolonglah jgn layan saya macam budak budak. Buat saya macam budak kecik yg tak berapa nak ada perasaan. Saya minta, tolonglah anda, anda dan anda sekalian jgn layan saya begini. Saya dah berada ditahap rimas. Tahap yg nak bagi jelingan maut membunuh! Awas, saya betul betul memaksudkannya.

Satu lagi, 'hati aku' nie agak kental pada prinsip2 tertentu. Sekali saya kata tidak, maknanya TIDAK, NO, NAHI HEY. paham tak?  
saya tak suka pada benda yg saya tak suka. saya benci pada benda yg saya benci.

Haa.. nie yg kita takmau nie. Update blog dengan perasaan marah. Guna ayat paling sopan lagi tu. Dah dah stop typing, sat lagi ada pulak yg kecik hati dengan penulisan A+ daripada saya. (eh, bukan aku ka yg patut kecik hati dgn certains people tu). Ahh, lantak hang laa. I don't give a damn care. **Cuba menjadi heartless yg dah tak kesah apa apa org nak buat atau cakap. SEKIAN...

Feb 27, 2011

masuk telinga kanan, keluar telinga kanan balik!

Fuhh, macam angin lalu. Cakap ibu buat endah tak endah saja. Berdosa tau..
Mendengar leteran ibu tentang itu dan ini. Aku tau ibu rindu nak nak bising bising dekat aku. Yalah, dah tiga minggu aku tak balik rumah. Ibu cuba bagi nasihat, berbicara tentang masa depan aku. Tapi malangnya, aku langsung tak makan dek NASI-hat. Kesian ibu, apa malang dapat anak macam nie. Dalam diam hati aku berkata; terima kasih ibu, atas sikap prihatin seorang ibu terhadap anak <3  


**********************************************
27 Februari 1965
Selamat Hari Lahir, Ayah
I love you
p/s: ayah, tak sabaq nak tunggu 17 Mac. hehe ^^

Feb 21, 2011

60 Tips Mendapatkan Pasangan

Oleh: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
let me check it. Yo, check it out ;) 

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
 
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. (saya jarang fikir perasaan org) Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
 
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan.(bukan jual mahai, tapi malu. malu kan tanda org beriman) Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain. 
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik (saya materialistik-harap maklum), mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
 
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing (ikan), suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas. (apa kena mengenanya?)
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.(saya suka dipuji,hihi)
 
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai. (ada juga yg macam ni? haih)
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita. (mampuih la lagu tu)
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
 
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak. (menghayati bole, menyertai tidak sama sekali)
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela (berletiaq) dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


okay, itu saja yg di-copy dari web www.fadzilahkamsah.com 
saya dah check, ANDA? cuba la tengok.


p/s: sekadar berkongsi ilmu. tiada kaitan dengan kehidupan sendiri atau orang lain, baik hidup mahupun mati (^_^)

Feb 17, 2011

tik tok tik tok, masa berlari!!

Malam yg sepi bersama bulan yg tak seberapa nak indah, ditemani ikan-ikan gapi yg lincah berenang. Sambil menyuap nasi lemak ke mulut dengan lemah longlai. Bukan makan lewat malam, tapi bersahur. Jam sudah lewat dua pagi. Ahh, masih awal lagi. Esok kelas pukul 10 pagi. Subuh? mungkin subuh gajah atau atau mungkin terbabas. Masya-Allah. Aku duduk termenung mengadap laptop sambil menyuap nasi yg dari tadi tak habis-habis lagi. Teringat tentang perkara kira-kira 6 jam yg lalu. Bersama-sama rakan sekelas PL2I (girls) ber-halaqah di surau Mahsuri. Detik-detik indah akan disimpan elok buat kenangan. Baru aku rasa kehadiran sahabat-sahabat rupanya sangat bermakna dikala kita berjauhan dengan keluarga (bajet rumah aku hujung semenanjung Malaysia). Saat aku berjemaah bersama mereka, berimamkan Zaimah, berbilalkan Nabila (hebat juga budak nie), aku menjadi sebak. Tak lama lagi aku akan tinggalkan kalian. Pergi mengejar impian masing-masing. Pasti aku rindukan saat ini. Juga waktu kita sama-sama berkerja keras menyiapkan bahan-bahan kes Nasha Aziz untuk pameran Law Fiesta di surau Mahsuri. Sampai ke subuh kita buat kerja ya. Seronok waktu tu. Tapi waktu berjalan bagai tak terasa sebab kalian hadir mencuri waktu aku. Bergelak ketawa, bersuka ria, BEKERJASAMA. Terima kasih kalian. 


Ini wajah-wajah PL2I


LOVE YOU GUYS SO MUCH <3

Feb 13, 2011

dulu dan sekarang sama sahaja

 

Aku seorang PENIPU
penat menipu diri sendiri

Feb 10, 2011

bawa bertenang, jangan nak stress sangat.

Oh ohh hoiii, sabar la kawan-kawan. Sememangnya dunia belajar ni memang memenatkan. Hasilnya nanti memanfaatkan kita juga. Adat la tu kalau diberi tugasan berlambak-lambak macam hari esok takda dah. Tak menang tangan nak dibuat itu dan ini (macam nak minta tolong dewa banyak tangan kat kuil india tu kalau boleh).Tak cukup tanah nak berjalan, berlari pecut kerja sana, kejar sini (jangan dikejar sangat benda duniawi ni). Tak cukup masa diberi sehari 24 jam, seminggu 7 hari (sila elakkan membuat kerja disaat-saat akhir). Adat la kan, kalau dah nama pun pelajar.

Apa tugas pelajar? belajar, belajo, belajaq. Hah, belajar bukan benda yang ada dalam buku saja. Bukan benda yang nak masuk exam saja. Belajar la sama benda-benda yang penting untuk jadi pelajar yang sukses! Belajar apa? Kawan-kawan, belajar la sama cara menguruskan masa dengan betul. Baru rasa cukup 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Atur masa kemas-kemas, cantik-cantik. Sila belajar supaya tak amalkan sikap "lek lu sap kok lu" yg semakin menjadi trend masyarakat kini. 

Stress, tension, tekanan jiwa raga dan seangkatan dengannya memang tak dapat dielakkan. Belajar la cara mengendalikan tensi anda dengan bijaksana. Jangan nak stress stress sangat. Nanti lekas tua. Dahi berkedut seribu, muka ketat nak mampuih. Jangan la nak bebai sangat dengan tugasan yg diberi. Tau la, kadang-kadang anda stay up sampai lewat pagi buat assignment. Kelas dari pagi sampai ke petang, letih. Tambah lagi kalau PMS, memang macam nak tembak saja lecturer yg semua nak perfect tu! Kawan-kawan jangan dok tension sangat. Sebab stress, tension, tekanan jiwa raga dan seangkatan dengannya ni penyakit berjangkit tau. Aku pun jadi tension tengok hang tension!

Sudah, sudah.Tamau melalut banyak-banyak. Sebab aku pun tengah stress tengok rakan sebilik yg dari tadi menjerit mengeluh merungut serba tak kena. Stress sangat depa ni. Aku cuba pekakkan telinga dengan memasang headphone di telinga sambil membuka lagu volume paling kuat. Rehat otak sebentar. Esok ada test BEL260. Harap semuanya berjalan lancar :)


p/s: masih berharap sesuatu yg mungkin. tapi bila? entah laa. sigh =,="

Feb 5, 2011

Lagu Untuk Teman



Aku yang masih mencari sesuatu,
bernama KEMANUSIAN, bernama KEDAMAIAN.

by Ramli Sarip

Feb 4, 2011

BFF lama v. BFF baru

Wujud kah istilah BFF lama dan BFF baru? Itu bahan yg dibualkan aku bersama 'BFF lama' aku sebentar tadi. Masing-masing mengatakan kami punya kawan baru, di tempat yg baru. Bukan patah tumbuh hilang berganti. Bukan mencari pengganti. Tapi lumrah hidup. Sentiasa mencari kawan. Itu saja. Berkawan biaq berjuta trilion, berkasih biaq satu.Tapi, aku masih tak paham kenapa ada lagi orang yg tak paham dunia berkawan dan adat berkawan. Paham tak apa aku cakap ni? Maap kalau ada sedikit berbelit di situ ^^


aku MUS PUTERI FATIN 
haa, yg ni laa 'BFF lama' aku. 
Saling berpesan antara satu sama lain.
"kalau kita tak contact sehari, seminggu, sebulan ka nanti,
Bukan bermakna lupa tau. Mungkin sedikit/sebanyak busy"


 tiga orang macik sedang bersiap nak terjah rumah 'orang yg tak paham erti kawan'
Kami mahu penjelasan. mahu catit dalam blog. HAHA ^^


 ini anak Puteri. eh bukan, anak saudara Puteri.
Datang ziarah baby baru lahir selepas menjadi tetamu tak diundang
di rumah 'orang yg tak paham erti kawan'
 DAN !
baby ini babies !!!!
TWINS. orang kedah kata, KEMBAQ ^^
 saya suka. saya suka.
<3
p/s: baby A dan baby B (aku dah lupa nama babies ni),
bila besaq nanti cari la kawan yg tahu erti kawan yaa.
jangan nakal nakal ^____^

Feb 2, 2011

Aku mahu Kuasa 4G


Berikan aku kuasa selaju 4G.
Supaya aku pantas berlari.
Bukan melarikan diri, tetapi..
mengejar sesuatu yang tak pasti.
 
Biar aku maju selari dunia moden.
Aku tak mahu ketinggalan.
Aku mahu pecut, walaupun aku bukan atlet pelari pecut negara.

Tetapi, aku perlu berhati-hati..
Kuasa 4G menyebabkan aku banyak terlepas pandang
"yg dikejar tak dapat, yg dikendong berterabur"
 

Jan 30, 2011

macam mana nak jadi BAIK?

Macam mana nak jadi baik?
Untuk jawab soalan tu, aku rasa it's best to define 'baik' tu dulu.
Baik tu apa?
Baik tu baik la kawan... Bagi aku, sesiapa yg beriman dengan Allah tu 'baik'.
Okay. Beriman dengan Allah tu macam mana?
Kalau ikut kau, kau rasa apa yg kau faham dengan statement tu?
Apabila buat semua yg Allah suruh dan tinggalkan semua yg Dia larang?
Betul. Couldn't say it better myself.
Vague.
Let say kalau perempuan tu pakai tudung tapi tak solat, belum cukup baik lagi. Sama juga kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi.
Hmm..
Sama juga kalau untuk contoh lelaki. Kalau baca Al-Quran tiap-tiap hari tapi main bola nampak kepala lutut, tak cukup baik lagi. Atau kalau dah cukup solat lima waktu sehari semalam tapi pegang tangan anak dara orang yg bukan mahram sesuka hati, belum cukup baik lagi.
Ohh, macam tu.
Sebab Allah dah kata, ya ayyuhallazina aamanudkhulu fissilmi kaaffah. It's in al-Baraqah ayat 208. Maksudnya kalau nak ditafsirkan secara kasar. Allah kata; masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yg nyata. Maknanya tak boleh la nak practise Islam tu secara juz'ie. Secara berjuzuk-juzuk. Mana yg rasa kita nak buat, kita buat. Mana yg rasa tak nak buat kita redah langgar je. Tak jadi la macam tu. Tak cukup baik la kiranya.
Dah bunyi macam susah sangat la pulak nak jadi baik ni.
It's about masuk ke dalam Islam seluruhnya. Then THAT is baik.
Aku meraup wajah. Kalau nak diikutkan, aku pun belum cukup baik lagi. Tapi sedang berusaha ke arah itu. 
Dan kita kena ingat. Allah tengok usaha, bukannya natijah atau hasil.
Aku nak berubah menjadi baik. Insya-Allah..
 

Jan 27, 2011

Abang Nasir

malam yg sunyi dan sangat bosan.
duduk lepak lepak dalam bilik sambil baca novel.
suddenly, my phone vibrate. 
ohh, i got a message. from abang Nasir
fasilitator terbaik kem ARAS, still berhubung sampai sekarang :)
berbalas-balas message seketika..

abang Nasir:
sememangnya, 
semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian.
semakin bertambah bebanan, semakin kurang pula keupayaan.
hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan.
penuh ketenangan, menempuh dugaan.
moga kita semua dirahmatiNYA.
tuluslah dengan Allah, teluslah sesama INSAN.

sekali lagi aku cakap:
abang, saya rindu arwah silmi..

abang Nasir:
dia pernah bersama, bermain, bergurau senda bersama kita.
semestinya kita merindui, menyayangi dia.
tapi ada yg lebih menyayangi dia..

p/s: From HIM that i came, to HIM that will i be returned. Sepatutnya aku hidup untuk itu.

Jan 22, 2011

sakit

minggu nie minggu aku sakit. 
seperti yg tertera di atas dan tajuk entri; SAKIT
dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki *ops, over pula*

Ahad - Khamis
sakit otak, belajar melebihi kapasiti.
nak kata skor jawab test, tak pun!
Khamis dan Jumaat
sakit perut serta hati bersama jiwa raga. 
berkaitan dgn emotion sikit, biasa la tu bila teeett..
Jumaat malam dan hari ini, Sabtu
sakit kepala sangat sangat.
petanda yg sedia ada, nak DEMAM

okayy, nie memang minggu sakit aku. apa yang aku boleh buat saat nie, berguling-guling atas katil sambil tarik tarik rambut sebab kepala berdenyut tahap terok tadak dahh! boleh pula adik aku tanya; sakit rasa macam nak mati ke angah? Haih, mana la aku tau sakit nak mati tu mcm mana. Ajal maut di tangan tuhan adik. 

Baru aku sedar selepas terfikir. kenapa nak marah marah kalau sakit. Allah bagi kita sakit supaya kita doa kat DIA minta sembuh. Supaya kita tak lupa Allah itu maha Penyembuh segala penyakit.

Jan 19, 2011

Tunggu Sekejap

0140 pagi, semua orang dah tidur manakala aku masih lagi bersengkang mata. 
DAN... ketika inilah internet bapak mak adik abang laju gila!! Godaan sungguh. 
Buku ditenung di tepi laptop. Aku pandang sayu. 
Haih, tak boleh jadi nie. Sabar, sabar.. 
satu dah habis. dua baru saja habis. tiga belum lagi. 
Tunggu sekejap *ala ala lagu P. Ramlee*
^_________________^

Jan 15, 2011

pesanan ringkas

pesan seorang kawan: jangan give up.
pesan seorang ibu: tamatkan apa yang telah dimulakan.
pesan seorang opah: balaslah jasa ibu bapa kamu.


p/s: aku berpesan pada diri sendiri agar mengingati pesan di atas.

Jan 12, 2011

jangan tinggal daku :|

saya minta maaf.
saya minta maaf tau.
sekali lagi saya minta maaf.
saya minta maaf....

semuanya salah saya. 
lately, saya jarang layan 'awak'. 
saya sibuk. 'awak' merajuk.
'awak' pergi tinggalkan saya.
'awak' yang paling saya sayang.
'awak' yang paling comel bagi saya.
sampai hati 'awak'.

saya sedih, terkilan dapat berkenalan dengan 'awak' sekejap saja.
tak apalah. mungkin jodoh kita sampai di sini saja.

p/s: rasa nak lepas saja ikan-ikan gapi yg lain. bebas di tasik Uitm :')