Mar 11, 2014

Tahun 14

Salam tahun baru. Setelah tiga bulan menginjak. Heh =,=

Pagi ni adalah pagi yang bertuah sebab aku nak menulis di blog dan bukannya di lembaran assignment bertingkek-tingkek. Idea tertumpah kat sini pulak der. Hihi. 

Dua ribu empat belas berlalu dengan sarat cerita. Aku ubah yang biasa. Aku ubah cara. Aku yang pilih jalan baru semuanya dengan kehendak Allah. Hmm, dah pulak stuck terbehenti nak tulis apa tatau ni? Sat sat sat! Aku tulis ikut hati ni tau. Macam ni, betullah kata orang, makin tua makin banyak makan garam. Makin bijak la sikit menilai sesuatu. Kan! Mungkin dah sampai ke peringkat manusia yang berada dalam kehidupan manusia. Wow, apa yang aku cuba sampaikan ni? Rileks. Meh kita cerita pelan-pelan.

Sembang selingan pensyarah haritu ada mengingatkan aku tentang peringkat diri manusia lalui. Pertama hidup bergantungan, kedua hidup bersendirian dan ketiga hidup perkongsian. Okay ni istilah aku sendiri letak sebab aku lupa istilah sebenar yg disebut dlm kelas tu tapi isi aku masih ingat. Cukup terkesan hati sanubari.

1. Takkala kita membesar, kita masih lagi berharap pergantungan orang lain. Ini tak spesifik kepada umur. mungkin sekarang masih lagi berada dalam takuk ni. Minda kita sentiasa memikirkan tak boleh buat kalau tak ada somebody. Takut. Tak yakin. Ke mana kita haruslah dibantu dan ditemani. Rela tak buat kalau takda orang nak tolong.

2. Pentingkan diri. Berani tapi untuk diri sendiri dan atas dasar kepentingan diri sendiri. Bak kata orang sekarang gelak sama-sama, nangis sorang-sorang. Huh. Contoh, dalam melibatkan hal orang ramai, kau akan cuba menegakkan apa yang dirasa betul dan menyenangkan kau tanpa memikirkan kesusahan dan perasaan orang lain. Suka ambil mudah sekiranya berpeluang. Bukan tak bagus pada peringkat ini. Masa inilah kita belajar mengenal diri sendiri dan menilai kembali cara kita. Reflek dan muhasabah.

3. Jika ada kesedaran pada tahap sebelumnya, maka Insha Allah sampailah kita ke peringkat ini dimana segala perlakuan kita adalah untuk diri sendiri dan juga orang lain. Dua-dua dapat tau. Mudah. Masa ni la kita akan dapat kepuasan apabila dapat memikul bebanan orang lain walaupun diri kita terkena tempias beban melampau. Ikhlas. Ada hati ada rasa. Kesedaran yang mengurangkan ego. Melihat sesuatu dari sudut positif dan negatif secara adil. Tidak berlandaskan emosi semata-mata. Ayat mudah, MATANG.

Sebenarnya itu saja yang aku nak kongsi. Nampak tak penting tapi kalian fikirlah sendiri dari sudut positif dan negatif. Ahakss! Kita semua sedang melaluinya. Cuma tak tahu, buat-buat tak tahu atau tahu di mana kita berada sekarang.

p/s: aku pun masih belajar mengenal diri sendiri dan orang lain (^_^)