Sabtu, Saturday, Sanivara (hindi)
Aku sebolehnya mahu mengisytiharkan hari Sabtu sebagai hari yg kurang baik dlm hidup aku. Apa malang entah? *Haih, cepat cepat beristighfar panjang. Tak baik kata macam tu tau. Patut sentiasa berdoa agar hari hari mendatang lebih baik dan dimurahkan rezeki. Aminnn :)
Kenapa aku berkata sedemikian?
Haa, mari aku bongkarkan rahsia hari Sabtu aku semenjak dua tiga minggu ni.
Bila datangnya Sabtu, mood aku terus berubah. Macam orang PMS. Semuanya serba tak kena. Semua kerja aku jadi...... haih, susah nak dinyatakan di sini -_____-
Sabtu sebelum ini
Hari ke empat bekerja di cafe (nama dirahsiakan). Awal awal pagi lagi dah rasa lain mcm. Bila start buat kerja, semua jadi kelam kabut (ya, mmg sifat semulajadi pun). Orang ramai, tak menang tangan nak buat itu dan ini. Aku tak cakap banyak pun hari tu. Menurut saja apa yg pekerja lain suruh buat. Al-maklumlah saya budak baru ^^. DAN hari tu jugak lah aku kasi pecah pinggan masa nak clear table. Opps tak sengaja okay. Nasib manager takda tapi CCTV ada!! ketaq teruk habaq hang...
Sabtu berikutnya
Hari ini MUET. Dah rasa lain mcm jugak. Aku jadi slow sangat masa tu. Listening test pun mcm dengar tak dengar saja. Nak buat mcm mana, aku tertidur kot! haiyya, teruk betul. Habis test terus pegi kerja. Macam biasa hari Sabtu ramai orang. Yang ini lagi malang, asyik kena marah dengan manager saja. Sebab?? haa ada la kesilapan kesilapan kecil yg dibuat, eh kesilapan besar kot. Untuk pengetahuan kalian itulah hari terakhir aku bekerja. HAHAHA. Bukan kena pecat tapi aku yg quit. Tak larat dah... *sambil angkat bendera putih =,=
Hari ini, Sabtu
Tak best jugak sebab filem hindustan hari ni tak menepati citarasa. Baik aku tidur. Bye ^_^
Apr 23, 2011
Apr 6, 2011
hang cari pakai kepala lutut
Kakak garang : where's my phone?!! sapa amek?! ni yang nak marah ni!
Adik : dak dak. tak amek pon (muka tak bersalah)
Kakak garang : haih, ada yang nak kena ni (sambil buat muka bengang)
ohh, kat sini haa phone, atas kusyen. hee (sengih mcm kerang busuk)
Adik : cari pakai kepala lutut, tau nak tuduh orang saja.
Ohh, April !!
Kehadapan bulan April yg dikasihi,
Aku mengharapkan agar Bulan April ini
dipenuhi dengan pelbagai kejutan yg manis manis belaka.
Harap segala impian aku dapat ditunaikan dalam Bulan April.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Dalila Adnan
Mar 26, 2011
Gelapkan malam anda, bukan gelap masa depan.
make it dark only for ONE HOUR!!
bukan lama pun kann.
tak payah kasi macam macam alasan.
tuan-tuan dan puan-puan, saudara dan saudari,
adik-adik, kakak-kakak, abang-abang serta makcik sebelah rumah;
Just do it like this :)
PS: sebagai pencinta alam dan seorang yg risaukan bumi (global warming makin kritikal) , aku tukar DP facebook tanda sokongan besar kempen EARTH HOUR ini (^_^)
Subscribe to:
Posts (Atom)