Jul 8, 2011

KINI

Begini kisahnya....

Dulunya Kedah, kini Kuala Lumpur.
4 penghuni sebilik, kini menjadi 2 penghuni.
Daripada 5 sahabat, kini bergerak solo.
Tanjung Dawai tempat melepak hingga larut malam, kini DownTown jadi destinasi.
Kelas yang dulunya terlambat 5 minit, kini sampai awal 10 minit.
Hujung minggu wajib pulang ke rumah, kini menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti.
Nasi bujang RM 1.50, kini RM 2.50!!

KINI, hidup aku telah berubah. Itu yang pasti.

Jun 29, 2011

sebelum 20

Alhamdulillah, aku masih panjang usia. 53 minit yang lalu genaplah umur aku yang ke 
19 tahun
Di saat tepat jam 12 malam aku mengucapkan
"SELAMAT HARI LAHIR NUR DALILAH ADNAN"
         dan membisikkan baris baris ayat kursi di dalam hati sebagai penenang. 
Di kala senior senior memberi 'tazkirah' panjang lebar tanpa ucapan secara langsung daripada seorang teman, aku sebak. 
Tak mengapa, mereka tak tahu dan hariku bakal berjalan seperti biasa :')

Jun 17, 2011

bulan mengambang bikin seram


Kau bulan 
Aku bintang
Di atas langit kita bergandingan.
Kalau Bruno Mars talking to the moon
Aku pula talking to the stars
Maka lebih banyak yang sudi mendengar celoteh aku.

bulan hanya cantik dipandang dari jauh -,-