Oct 27, 2010

mulut kata pergi, hati kata mari.

apa tu? sebenarnya entry nie tada kaitan pon dgn tajuk di atas.
saja saja.
mungkin sebab bosan melampaui batasan.
fuhh!! apa nak cakap nie. eh bukan, apa nak taip nie??

AKU. sebelum tidur berazam untuk hari esok.
"esok nak buat yg lebih baik dari hari ini. pendek kata nak berubah"

AKU. bila dah bangun tidur.
"argh.. malasnya. hari nie rest dulu laah. esok masih ada. apa apa pon buat esok jelah"


see see. pendirian tak kukuh. apa ini? kata nak make something diff today. but delay its for tomorrow. bagaimana kalau hari esok tidak ada? haish !! insaflah.
niat sentiasa ada. tapi??? hmmm. fikir-fikirkan laa.

Oct 15, 2010

hey

hey kamu, sudah berubah yaa..
hey kamu, makin sombong yaa..
hey kamu, sudah lupa aku yaa..
hey kamu, yaa saya bercakap tentang kamu...

manusia. ada macam jenis. kita di sekeliling hanya memerhati. kemudian mentafsir. dan mengadili pula segenap hal. hebat bukan. aku bercakap tentang seseorang. DULU, kita pernah berkawan. malahan rapat. satu sekolah. kemudian masing2 pergi membawa diri mencapai apa yg dihajati. kita tak berhubung w'laupun tidak putus hubungan. sebab kita rasa dia sudah berubah. dan dia juga berfikir yg sama terhadap aku (mungkin). dia kata, aku mungkin sudah punya teman baru yg sudah menggantikan dia. dan aku kata, dia sgt bahagia dgn kehidupan dia sekarang. usah diganggu. tempoh ini berpanjangan..berlarutan. kenapa jadi macam nie?? jangan tanya aku kerana aku masih buntu dalam terkilan.

hey kamu, sedarlah aku tidak pernah menjadikan teman baruku sebagai pengganti kamu. posisi kamu dlm hatiku tdk bole ditukar milik. kamu hanya kamu. orang yg pernah berdampingan, bersama ketawa menangis, berbahagia bersama aku. tiada yg lain kawan (:

Oct 10, 2010

kata depa.


depa kata..
depa habaq..
depa cerita..

hey kawan; tu kata depa.

kita dengar..
kita tengok..
kita percaya..

hey kawan; jgn jadi bodoh.