Oct 15, 2010

hey

hey kamu, sudah berubah yaa..
hey kamu, makin sombong yaa..
hey kamu, sudah lupa aku yaa..
hey kamu, yaa saya bercakap tentang kamu...

manusia. ada macam jenis. kita di sekeliling hanya memerhati. kemudian mentafsir. dan mengadili pula segenap hal. hebat bukan. aku bercakap tentang seseorang. DULU, kita pernah berkawan. malahan rapat. satu sekolah. kemudian masing2 pergi membawa diri mencapai apa yg dihajati. kita tak berhubung w'laupun tidak putus hubungan. sebab kita rasa dia sudah berubah. dan dia juga berfikir yg sama terhadap aku (mungkin). dia kata, aku mungkin sudah punya teman baru yg sudah menggantikan dia. dan aku kata, dia sgt bahagia dgn kehidupan dia sekarang. usah diganggu. tempoh ini berpanjangan..berlarutan. kenapa jadi macam nie?? jangan tanya aku kerana aku masih buntu dalam terkilan.

hey kamu, sedarlah aku tidak pernah menjadikan teman baruku sebagai pengganti kamu. posisi kamu dlm hatiku tdk bole ditukar milik. kamu hanya kamu. orang yg pernah berdampingan, bersama ketawa menangis, berbahagia bersama aku. tiada yg lain kawan (:

No comments:

Post a Comment