Jul 16, 2012

Gurauan serius!

Hey awas! Gurauan ada batasnya. Ianya boleh membangkitkan rasa amarah yang amat besar.






Ada satu kisah di mana mereka rakan sekelas sedang bergurau tentang hal yang kecil. Jika diikutkan tak patut dibahas pun dek logik akal kematangan mereka. Nada-nada yg digunakan semakin lama semakin keras. Balik kepada tujuan asal hendak bergurau senda mempertahankan perkara yg masing-masing sebenarnya tahu dan faham telah bertukar nafsu amarah. Kenapa? Seperti yg dinyatakan, ayatnya semakin keras dan tegang. Hal ini berterusan sehingga menimbulkan isu-isu yg terpendam yakni mengungkit. Dan mereka berterusan bertikam lidah bahawa "kau salah aku benar". Akhirnya, berlakulah perpecahan dalam kalangan mereka yg sebelumnya sangat harmonis. Maka dengan itu tertawalah syaitan-syaitan durjana kerana berjaya memecah-belahkan umat manusia.


Kerana mulut badan binasa. Pepatah yg lazim digunakan. Malah kita tahu bahawa lidah itu lebih tajam daripada bilah pedang. 


p/s: Saya minta maaf jika saya yg memulakan gurauan ini sehingga menimbulkan rasa amarah orang lain.
p/s/s: Saya baru dapat berita semasa menulis blog ini bahawa rakan sekelas saya Sani, ibunya telah meninggal dunia. Sani, harap bersabar. Moga ibumu ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah..

No comments:

Post a Comment