Dec 21, 2013

Malu





Manusia ni hanya tahu terima saja. Semua Allah berikan. Biar pun masih membuat larangan-Nya dan meninggalkan suruhan-Nya, tetap Allah beri nikmat. Patut kita rasa malu. Malu dengan diri sendiri. Malu dengan Allah.

Oct 26, 2013

Diari

Ini memang cerita lama. Tapi entah kenapa dengan tak malunya nak dicoretkan dalam entri hari ini. Hehe. Tadi aku buka buku diari. Halaman bertarikh 5 April 2013 pada hari Jumaat. Kisah tentang hari terakhir Pengalaman Berasaskan Sekolah yang kali pertama aku buat di SK Sri Adika Raja, Gerik Perak.

"Sampai sudah rumah. Ayah ambil kat Gerik lepas balik dari sekolah. Hari last kat sekolah buat aku rasa sedih. Tak sangka Islam datang cari aku merayu-rayu minta sekeping gambar jugak. Aku just bagi gambar dekat Aisyah dan Nurul saja. Tengok muka Islam buat aku rasa nak nangis. Maafkan cikgu. Ada juga berapa orang murid datang cari aku even aku tak kenal semata-mata nak salam dan ucap babai. Terharu kan. Guru besar pun ada bagi nasihat. Sedihnya! Tapi tadi ibu kata belajar la tinggi2. Ibu rasa aku tak sesuai jadi cikgu. Hmmm? Takdir Allah siapa tahu kan. Lepas maghrib terus tertidur. Ni 4 pagi baru terjaga dan sambung buat folio psv. Semoga cepat siap!! (^_^) "

Saja pulak aku nak throwback malam ni. Bukan apa, lama dah tak kongsi cerita dalam blog usang ni. Point dia cuma tentang pertanyaan ibu aku tu. Tak sesuai ke aku jadi guru? 


Islam. Semoga berjaya ;)

Oct 21, 2013

Merapu.



Aku fikir macam-macam.
Sampai lupa apa benda.
Fikir apa?
-______-

Oct 18, 2013

Sakit



Aku tak mengharapkan apa-apa balasan
Aku cuma inginkan keikhlasan.

Aku tak mahu kau bermasam muka
Aku cuma ingin kau ceria.

Aku tak rela semua bersikap hipokrit.
Ini semua sakit.


Sep 27, 2013

tajuk.






AKU KELIRU.






tolong aku?

















May 9, 2013

Laut Luas.

Entri pertama dan mungkin terakhir buat tahun 2013.
Ohh, teruknya aku. Semakin takut untuk aku coretkan kisah di sini. 

Maaf. Banyak perkara berlaku dan berlalu. 
Aku menjadi pelupa. Tak ingat apa yang sedang aku alami. Yang aku ingat saat suka duka hidup aku kira-kira tiga tahun lepas. 

Susah bila diri berubah. Susah bila diri tak kenal lagi siapa diri sendiri.
Susah, memang susah.

Ya Allah, permudahkanlah. Segala urusanku dunia akhirat. Aku mohon :')


*Tiba-tiba pandangan menjadi kabur. Patutlah. Ada air rupanya*