Oct 26, 2013

Diari

Ini memang cerita lama. Tapi entah kenapa dengan tak malunya nak dicoretkan dalam entri hari ini. Hehe. Tadi aku buka buku diari. Halaman bertarikh 5 April 2013 pada hari Jumaat. Kisah tentang hari terakhir Pengalaman Berasaskan Sekolah yang kali pertama aku buat di SK Sri Adika Raja, Gerik Perak.

"Sampai sudah rumah. Ayah ambil kat Gerik lepas balik dari sekolah. Hari last kat sekolah buat aku rasa sedih. Tak sangka Islam datang cari aku merayu-rayu minta sekeping gambar jugak. Aku just bagi gambar dekat Aisyah dan Nurul saja. Tengok muka Islam buat aku rasa nak nangis. Maafkan cikgu. Ada juga berapa orang murid datang cari aku even aku tak kenal semata-mata nak salam dan ucap babai. Terharu kan. Guru besar pun ada bagi nasihat. Sedihnya! Tapi tadi ibu kata belajar la tinggi2. Ibu rasa aku tak sesuai jadi cikgu. Hmmm? Takdir Allah siapa tahu kan. Lepas maghrib terus tertidur. Ni 4 pagi baru terjaga dan sambung buat folio psv. Semoga cepat siap!! (^_^) "

Saja pulak aku nak throwback malam ni. Bukan apa, lama dah tak kongsi cerita dalam blog usang ni. Point dia cuma tentang pertanyaan ibu aku tu. Tak sesuai ke aku jadi guru? 


Islam. Semoga berjaya ;)

2 comments:

  1. ^_^ salam, hello pink =D
    3 years to go, insyaallah nnti hmpa akn tgk diri hmpa layak sbg cikgu. yakin, ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah Syafa, kami tak perasan comment hmpa. Hihi.
      3 years to go. Insha Allah :')

      Delete