Dec 28, 2010

jangan kacau, saya nak study!


'you(s)' STOP seducing me.
I'm already attracted with 'you(s)'
I won't let 'you(s)' go.
it's hard, pain :|

but, please..
I have a lot of work to be done.
Assignment and STUDY


'YOU(s)'
please go away, don't disturb me :
1. facebook
2. tv - hujung tahun, byk cerita best !
3. adik-adik, jangan ajak angah main laa.
4. hang out with buddies
5. katil yg empuk- tidur lagi bagus =.=


Dec 24, 2010

Anak Gadis. bukan Gadis Semasa.


Insan-insan yang dicintai:

Cikgu Adnan bin Nayan serta Cikgu Noor Ziha binti Bahauddin


Ayah dan Ibu:
anak gadis ini sentiasa belajar untuk taat kepada kalian.
anak gadis ini sentiasa belajar untuk menambah rasa cinta kepada kalian.
anak gadis ini sentiasa belajar untuk menjadi anak yang terbaik.



kerana anak gadis ini tahu,

redha Allah datangnya daripada redha ibubapa..

Buang yang keruh, ambil yang jernih

Thanks GOD.
Syukur Alhamdulillah.
Perasaan sangat legaaa..

Akhirnya dia sedar, keputusan yg nak dibuat tu salah sama sekali.


"bunga, andai ianya terlerai boleh digubah semula. tetapi gubahannya tidak akan sama seperti gubahan pertama. begitu juga manusia, sekiranya berpecah boleh disatukan semula. tetapi persoalannya, apakah penyatuan kembali itu akan semanis perkenalan pertama? apapun harus diingat, bunga gubahan kedua tadi mungkin lebih cantik drpd gubahan pertama."
-Nabila Ahmad-


Semua orang patut diberi peluang kedua.

Andai ada salah dan silap, tegurlah
cara berhikmah. Nasihatlah selagi termampu.
Kita berkawan saling melengkapi.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Insya-Allah, persahabatan kita kekal selamanya.

Dec 20, 2010

jangan gelak. ini bukan lawak.

mereka ketawakan aku terbahak-bahak.
mereka tertawakan aku sehingga menangis.
mereka tersenyum penuh sinis bila aku beritahu bahawa:


1. Aku tak pandai bermain badminton
2. Aku tak reti bermain batu seremban
3. Aku tak boleh bawak motorsikal yg ada gear tu.

hmm.. benda yang majority orang boleh buat aku tak boleh buat. apakan daya :|

Dec 16, 2010

penangan sang lipas yang kacak

comel tak lipas kat atas nie? kalau comel macam nie dah lama aku bela. haha :)

Ini kisah bilik F4-03-11. Kecoh betul tadi. Macam kena serang dengan tentera taliban. Padahal lipas yang kacak lagi comel datang melawat je pun. Menjerit macam orang kena histeria, terlompat-lompat atas kerusi pulak tu. Haih. Kalau lipas tu ada hati dan perasaan dah lama lipas tu gelak berguling-guling. Mana tak nya. Lipas kecik, manusia besaq kedabak! Nisa muka cuak macam nak nangis. Farah terlebih bijak sembur lipas guna fabric starch. Dah pening pening lipas jadinya. So, sebagai penyelamat keadaan yang semakin tegang aku bertindak sebagai HEROIN. hohoho. Ini sangat best. Campak segala benda kat lipas tu. Tak juga mati. Lastly, amek penyapu katok katok lipas tu secara beregu. Hee, mati syahid sudah lipas kacak itu. tapi kan, tapi kan.. Afa kata aku comel pukul lipas tu. Haha, boleh pulak macam tu. Aku punya laa rasa bersalah jadi pembunuh versi kejam. Berdosanya aku :|

p/s: mood hindustan dah mai dah. now tengah tengok mujhse dosti karoge :DD

Dec 15, 2010

Hari Tekanan Sedunia

STRESS! STRESS BETUL AKU.
Andai tidak ada kesabaran plus iman yang kuat dah lama terkubur jasad aku nie. Minggu nie memang banyak betul dugaan yang diterima. Dari satu hal, satu hal yang lain pulak muncul. Baik akademik mahupun personal problem. Yang paling teruk pasal pelajaran laa. Muka dibuat sehabis cool mungkin, tapi muka COLD TER-tunjuk jugak. tak boleh simpan simpan. tak boleh selindung. tak boleh nak sorok sorok. Memang tension sangat. Apa lagi yang boleh buat, menangis jelah. Menangis macam orang tak pernah nangis before ni. haha, bunyi macam teruk. Call ibu, menangis lagi :"( Luah semua kat ibu pasal dalam kelas tadi. Alaa, ibu kata rileks laa. Small matter, kononnya. Tapi aku rasa macam orang bodoh gila yang nak memperbodohkan lagi diri kat depan kelas tadi. Lebih tepat, depan classmates. Muka rasa tebal tahap berapa inci pun tak pasti. Yang penting aku sangat malu. Apa yang mdm. tu nak pun tataw? Semua benda tak kena. Salah sama sekali. Kata beliau, kami terlalu malas nak research properly. Yes, honestly, i didn't struggling to make some research and mengkaji segala benda about that assignment dalam dalam. But what can you say if i have read about the article and adik beradik article yang related tapi tetap tak paham paham jugak? BODOH betul la kot budak nie!


tolong ambil perhatian,
buah cempedak di luaq pagaq
ambik galah tolong jolokkan.
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan.
saya bodoh bukan tak berilmu.
tapi ilmu tak cukup lagi
.

Dec 13, 2010

sila bangun, jangan terus bermimpi.

Cerita ini sudah berakhir sebelum waktunya. HAAAAHH!!! rasa nak menjerit. Rasa puas setelah aku jerih merasa penat. Hendak berehat seketika, aman damai serta tenang. Sekejap saja. Tolong, jangan larang aku. Benarkan aku rehat sebentar...

Gio - Getar Hati



i just love this song ;)

Dec 8, 2010

permainan orang-orang bosan =)

tengok!! tinggi tara mana boleh buat lagi??
rasa bangga melihat keutuhan bongkah-bongkah kayu tersebut.
jaguh bermain dikala bosan yg tak terucap :PP

Dec 7, 2010

manja :)

Orang kata: anak manja, sikit sikit nak balik rumah..

Aku kata: ibu ayah masih ada, pulanglah selagi ada kesempatan =)

Dec 5, 2010

untuk kamu

Ya masalah, kenapa anda muncul lagi?
tak pernah puas ganggu hidup aku.
tak pernah puas melihat air mata aku.
tak pernah puas membuat aku sedih.
kenapa???

oh, aku lupa. itu ujian ALLAH.
aku alpa seketika. hidup sentiasa ada dugaan-NYA.
maaf. aku lalai. buat sekian kalinya.


KENAPA masalah yg sama berulang kembali?
KENAPA aku tidak mengambil pengajaran yg lepas?
aku sememangnya tidak layak digelar sahabat.
sekali lagi aku mohon.
MAAFKAN AKU SAHABAT.

p/s: sumpah tada niat nak membelakangkan kamu.