Feb 27, 2011

masuk telinga kanan, keluar telinga kanan balik!

Fuhh, macam angin lalu. Cakap ibu buat endah tak endah saja. Berdosa tau..
Mendengar leteran ibu tentang itu dan ini. Aku tau ibu rindu nak nak bising bising dekat aku. Yalah, dah tiga minggu aku tak balik rumah. Ibu cuba bagi nasihat, berbicara tentang masa depan aku. Tapi malangnya, aku langsung tak makan dek NASI-hat. Kesian ibu, apa malang dapat anak macam nie. Dalam diam hati aku berkata; terima kasih ibu, atas sikap prihatin seorang ibu terhadap anak <3  


**********************************************
27 Februari 1965
Selamat Hari Lahir, Ayah
I love you
p/s: ayah, tak sabaq nak tunggu 17 Mac. hehe ^^

Feb 21, 2011

60 Tips Mendapatkan Pasangan

Oleh: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
let me check it. Yo, check it out ;) 

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
 
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. (saya jarang fikir perasaan org) Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
 
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan.(bukan jual mahai, tapi malu. malu kan tanda org beriman) Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain. 
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik (saya materialistik-harap maklum), mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
 
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing (ikan), suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas. (apa kena mengenanya?)
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.(saya suka dipuji,hihi)
 
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai. (ada juga yg macam ni? haih)
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita. (mampuih la lagu tu)
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
 
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak. (menghayati bole, menyertai tidak sama sekali)
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela (berletiaq) dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


okay, itu saja yg di-copy dari web www.fadzilahkamsah.com 
saya dah check, ANDA? cuba la tengok.


p/s: sekadar berkongsi ilmu. tiada kaitan dengan kehidupan sendiri atau orang lain, baik hidup mahupun mati (^_^)

Feb 17, 2011

tik tok tik tok, masa berlari!!

Malam yg sepi bersama bulan yg tak seberapa nak indah, ditemani ikan-ikan gapi yg lincah berenang. Sambil menyuap nasi lemak ke mulut dengan lemah longlai. Bukan makan lewat malam, tapi bersahur. Jam sudah lewat dua pagi. Ahh, masih awal lagi. Esok kelas pukul 10 pagi. Subuh? mungkin subuh gajah atau atau mungkin terbabas. Masya-Allah. Aku duduk termenung mengadap laptop sambil menyuap nasi yg dari tadi tak habis-habis lagi. Teringat tentang perkara kira-kira 6 jam yg lalu. Bersama-sama rakan sekelas PL2I (girls) ber-halaqah di surau Mahsuri. Detik-detik indah akan disimpan elok buat kenangan. Baru aku rasa kehadiran sahabat-sahabat rupanya sangat bermakna dikala kita berjauhan dengan keluarga (bajet rumah aku hujung semenanjung Malaysia). Saat aku berjemaah bersama mereka, berimamkan Zaimah, berbilalkan Nabila (hebat juga budak nie), aku menjadi sebak. Tak lama lagi aku akan tinggalkan kalian. Pergi mengejar impian masing-masing. Pasti aku rindukan saat ini. Juga waktu kita sama-sama berkerja keras menyiapkan bahan-bahan kes Nasha Aziz untuk pameran Law Fiesta di surau Mahsuri. Sampai ke subuh kita buat kerja ya. Seronok waktu tu. Tapi waktu berjalan bagai tak terasa sebab kalian hadir mencuri waktu aku. Bergelak ketawa, bersuka ria, BEKERJASAMA. Terima kasih kalian. 


Ini wajah-wajah PL2I


LOVE YOU GUYS SO MUCH <3

Feb 13, 2011

dulu dan sekarang sama sahaja

 

Aku seorang PENIPU
penat menipu diri sendiri

Feb 10, 2011

bawa bertenang, jangan nak stress sangat.

Oh ohh hoiii, sabar la kawan-kawan. Sememangnya dunia belajar ni memang memenatkan. Hasilnya nanti memanfaatkan kita juga. Adat la tu kalau diberi tugasan berlambak-lambak macam hari esok takda dah. Tak menang tangan nak dibuat itu dan ini (macam nak minta tolong dewa banyak tangan kat kuil india tu kalau boleh).Tak cukup tanah nak berjalan, berlari pecut kerja sana, kejar sini (jangan dikejar sangat benda duniawi ni). Tak cukup masa diberi sehari 24 jam, seminggu 7 hari (sila elakkan membuat kerja disaat-saat akhir). Adat la kan, kalau dah nama pun pelajar.

Apa tugas pelajar? belajar, belajo, belajaq. Hah, belajar bukan benda yang ada dalam buku saja. Bukan benda yang nak masuk exam saja. Belajar la sama benda-benda yang penting untuk jadi pelajar yang sukses! Belajar apa? Kawan-kawan, belajar la sama cara menguruskan masa dengan betul. Baru rasa cukup 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Atur masa kemas-kemas, cantik-cantik. Sila belajar supaya tak amalkan sikap "lek lu sap kok lu" yg semakin menjadi trend masyarakat kini. 

Stress, tension, tekanan jiwa raga dan seangkatan dengannya memang tak dapat dielakkan. Belajar la cara mengendalikan tensi anda dengan bijaksana. Jangan nak stress stress sangat. Nanti lekas tua. Dahi berkedut seribu, muka ketat nak mampuih. Jangan la nak bebai sangat dengan tugasan yg diberi. Tau la, kadang-kadang anda stay up sampai lewat pagi buat assignment. Kelas dari pagi sampai ke petang, letih. Tambah lagi kalau PMS, memang macam nak tembak saja lecturer yg semua nak perfect tu! Kawan-kawan jangan dok tension sangat. Sebab stress, tension, tekanan jiwa raga dan seangkatan dengannya ni penyakit berjangkit tau. Aku pun jadi tension tengok hang tension!

Sudah, sudah.Tamau melalut banyak-banyak. Sebab aku pun tengah stress tengok rakan sebilik yg dari tadi menjerit mengeluh merungut serba tak kena. Stress sangat depa ni. Aku cuba pekakkan telinga dengan memasang headphone di telinga sambil membuka lagu volume paling kuat. Rehat otak sebentar. Esok ada test BEL260. Harap semuanya berjalan lancar :)


p/s: masih berharap sesuatu yg mungkin. tapi bila? entah laa. sigh =,="

Feb 5, 2011

Lagu Untuk Teman



Aku yang masih mencari sesuatu,
bernama KEMANUSIAN, bernama KEDAMAIAN.

by Ramli Sarip

Feb 4, 2011

BFF lama v. BFF baru

Wujud kah istilah BFF lama dan BFF baru? Itu bahan yg dibualkan aku bersama 'BFF lama' aku sebentar tadi. Masing-masing mengatakan kami punya kawan baru, di tempat yg baru. Bukan patah tumbuh hilang berganti. Bukan mencari pengganti. Tapi lumrah hidup. Sentiasa mencari kawan. Itu saja. Berkawan biaq berjuta trilion, berkasih biaq satu.Tapi, aku masih tak paham kenapa ada lagi orang yg tak paham dunia berkawan dan adat berkawan. Paham tak apa aku cakap ni? Maap kalau ada sedikit berbelit di situ ^^


aku MUS PUTERI FATIN 
haa, yg ni laa 'BFF lama' aku. 
Saling berpesan antara satu sama lain.
"kalau kita tak contact sehari, seminggu, sebulan ka nanti,
Bukan bermakna lupa tau. Mungkin sedikit/sebanyak busy"


 tiga orang macik sedang bersiap nak terjah rumah 'orang yg tak paham erti kawan'
Kami mahu penjelasan. mahu catit dalam blog. HAHA ^^


 ini anak Puteri. eh bukan, anak saudara Puteri.
Datang ziarah baby baru lahir selepas menjadi tetamu tak diundang
di rumah 'orang yg tak paham erti kawan'
 DAN !
baby ini babies !!!!
TWINS. orang kedah kata, KEMBAQ ^^
 saya suka. saya suka.
<3
p/s: baby A dan baby B (aku dah lupa nama babies ni),
bila besaq nanti cari la kawan yg tahu erti kawan yaa.
jangan nakal nakal ^____^

Feb 2, 2011

Aku mahu Kuasa 4G


Berikan aku kuasa selaju 4G.
Supaya aku pantas berlari.
Bukan melarikan diri, tetapi..
mengejar sesuatu yang tak pasti.
 
Biar aku maju selari dunia moden.
Aku tak mahu ketinggalan.
Aku mahu pecut, walaupun aku bukan atlet pelari pecut negara.

Tetapi, aku perlu berhati-hati..
Kuasa 4G menyebabkan aku banyak terlepas pandang
"yg dikejar tak dapat, yg dikendong berterabur"