May 9, 2016

Tahun Akhir

Salam.

Tujuh tahun blog ini bertapak. Selari dengan masa aku menjadi seorang pelajar. Tak sangka. Sudah berada di tahun akhir. Setahun di Uitm Merbok. Lima tahun di IPG. Lama bukan? Yang paling tak sangka. Lama betul aku mampu bertahan. Tahu tahulah aku ni, Mana bisa buat rutin yang membosankan. Hiks.

Tinggal sisa baki lagi enam bulan. Kalau boleh mahu coretkan memori yang best-best aje. Simpan buat kenangan. Seronok life macam ni, sebelum tempuh komitmen kerja dan berkeluarga (kalau ada rezeki la) Enjoy! 



Doakan aku!

Nov 1, 2015

November Terakhir

19 November datang dan pergi.
Rindu ya Allah.
Maaf.

Feb 9, 2015

Kisah Sang Banyak Sungut.

Kita ada cerita ni. Kasi chance mak jemah nak bercerita k. Haha. Ada orang tu kan, semua benda yang dialami, dia terima sebagai satu bebanan. Semua salah. Semua tak betul. Pokoknya, semua serba serbi tak kenalah. Lepas tu apa lagi, merungut besaq la jadinya. Siapa yang jadi mangsa tukang dengar keluh kesah dia? Kawan terdekatlah. Cian tau :(

Sabarlah selagi boleh bersabar ye hakak. Kita pun sedia punya masalah sendiri. Bertambah serabut dengan masalah orang. Awak bercerita kat saya penat cari calon pakwe, kita lagi stress ibu sibuk tanya bila nak cari calon menantu. Kadang, orang share masalah tu bukan suruh kita selesaikan pun. Cuma dia nak lepas beban yang berat ditanggung dalam hati nurani. Katanya sharing is caring kan? Apa kata kita pandang masalah orang tu sebagai satu motivasi untuk kita. Kira macam jadi pengajaran la buat diri sendiri. Ambil yang positip positip aje! Boleh?

Sebab tu kita diajar untuk berbaik prasangka. Untuk apa sahaja 'bebanan' yang diterima, pasti ada hikmah. Jangan kerja nak merungut sesungut saja. Buangkan masa bercakap itu ini tak kena dengan gerak kerja pantas. Kalau nak ikutkan rasa tak puas hati dengan orang, kita patut fikir balik. Adakah anda itu sungguh suci dalam debu yang terlindung dari segala salah silap? Ya, sungguh besar masalah kita ini. Kutiplah aura positif supaya kita menjadi manusia yang sentiasa husnudzon dengan amalannya.




p/s: Esaimen bertinggek-tinggek pun merupakan bebanan utama saya. K, positif!!

Nov 11, 2014

Angka satu

Bila pandang jam 11.11 ahh eksaited sangat. 
Harini pulak 11 haribulan 11.
Takda apa pun cuma aku suka. 
Yeke? 

Esok lusa exam. 
Jemulah asyik exam. 
Exam duniawi aje ni.
Saja nak sedapkan hati.

Kejap lagi class revision.
Moga dapat 'tips' menjawab.
Jadi, selamat malam.

nota kaki: perasaan bila terjaga dari mimpi, itu namanya realiti.

Oct 5, 2014

Dekat dilihat tapi sukar dicapai

Sungguh aku cari cahaya itu,
untuk aku suluh kegelapan ini.

Dekat dilihat tapi sukar dicapai.

Selangkah aku menghampiri,
seribu cubaan datang bertubi.

Dekat dilihat tapi sukar dicapai.

NDA, Raya Qurban 5okt2014, KL



Sep 6, 2014

Soalan dan Jawapan

Betul?
Betul !

Pasti?
Insha Allah.

Sah?
Sah!


p.s: Kuliah ganti hari sabtu. Well done cikgu -_-

May 20, 2014

Jangan tinggalkan daku..


Apa berhak untuk aku halang?
Hilang kata-kata untuk bersuara.
Engkau dulu dan kini sudah berbeza,
meletakkan jarak pemisah antara kita.
Hati menjerit sedih,
membawa diri merawat luka.
Ya Rabbi bimbinglah kami,
lindungilah dia dalam redha-Mu


Lagi dua malam :')



May 13, 2014

Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 

A. Samad Said

Apr 16, 2014

PERGI

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Kau pergi
Pergi
Kau pergi
Pergi
Pergi

Aizat- Pergi

p/s: aku baru datang, kau mahu pergi :'(

Mar 11, 2014

Tahun 14

Salam tahun baru. Setelah tiga bulan menginjak. Heh =,=

Pagi ni adalah pagi yang bertuah sebab aku nak menulis di blog dan bukannya di lembaran assignment bertingkek-tingkek. Idea tertumpah kat sini pulak der. Hihi. 

Dua ribu empat belas berlalu dengan sarat cerita. Aku ubah yang biasa. Aku ubah cara. Aku yang pilih jalan baru semuanya dengan kehendak Allah. Hmm, dah pulak stuck terbehenti nak tulis apa tatau ni? Sat sat sat! Aku tulis ikut hati ni tau. Macam ni, betullah kata orang, makin tua makin banyak makan garam. Makin bijak la sikit menilai sesuatu. Kan! Mungkin dah sampai ke peringkat manusia yang berada dalam kehidupan manusia. Wow, apa yang aku cuba sampaikan ni? Rileks. Meh kita cerita pelan-pelan.

Sembang selingan pensyarah haritu ada mengingatkan aku tentang peringkat diri manusia lalui. Pertama hidup bergantungan, kedua hidup bersendirian dan ketiga hidup perkongsian. Okay ni istilah aku sendiri letak sebab aku lupa istilah sebenar yg disebut dlm kelas tu tapi isi aku masih ingat. Cukup terkesan hati sanubari.

1. Takkala kita membesar, kita masih lagi berharap pergantungan orang lain. Ini tak spesifik kepada umur. mungkin sekarang masih lagi berada dalam takuk ni. Minda kita sentiasa memikirkan tak boleh buat kalau tak ada somebody. Takut. Tak yakin. Ke mana kita haruslah dibantu dan ditemani. Rela tak buat kalau takda orang nak tolong.

2. Pentingkan diri. Berani tapi untuk diri sendiri dan atas dasar kepentingan diri sendiri. Bak kata orang sekarang gelak sama-sama, nangis sorang-sorang. Huh. Contoh, dalam melibatkan hal orang ramai, kau akan cuba menegakkan apa yang dirasa betul dan menyenangkan kau tanpa memikirkan kesusahan dan perasaan orang lain. Suka ambil mudah sekiranya berpeluang. Bukan tak bagus pada peringkat ini. Masa inilah kita belajar mengenal diri sendiri dan menilai kembali cara kita. Reflek dan muhasabah.

3. Jika ada kesedaran pada tahap sebelumnya, maka Insha Allah sampailah kita ke peringkat ini dimana segala perlakuan kita adalah untuk diri sendiri dan juga orang lain. Dua-dua dapat tau. Mudah. Masa ni la kita akan dapat kepuasan apabila dapat memikul bebanan orang lain walaupun diri kita terkena tempias beban melampau. Ikhlas. Ada hati ada rasa. Kesedaran yang mengurangkan ego. Melihat sesuatu dari sudut positif dan negatif secara adil. Tidak berlandaskan emosi semata-mata. Ayat mudah, MATANG.

Sebenarnya itu saja yang aku nak kongsi. Nampak tak penting tapi kalian fikirlah sendiri dari sudut positif dan negatif. Ahakss! Kita semua sedang melaluinya. Cuma tak tahu, buat-buat tak tahu atau tahu di mana kita berada sekarang.

p/s: aku pun masih belajar mengenal diri sendiri dan orang lain (^_^)

Dec 21, 2013

Malu





Manusia ni hanya tahu terima saja. Semua Allah berikan. Biar pun masih membuat larangan-Nya dan meninggalkan suruhan-Nya, tetap Allah beri nikmat. Patut kita rasa malu. Malu dengan diri sendiri. Malu dengan Allah.

Oct 26, 2013

Diari

Ini memang cerita lama. Tapi entah kenapa dengan tak malunya nak dicoretkan dalam entri hari ini. Hehe. Tadi aku buka buku diari. Halaman bertarikh 5 April 2013 pada hari Jumaat. Kisah tentang hari terakhir Pengalaman Berasaskan Sekolah yang kali pertama aku buat di SK Sri Adika Raja, Gerik Perak.

"Sampai sudah rumah. Ayah ambil kat Gerik lepas balik dari sekolah. Hari last kat sekolah buat aku rasa sedih. Tak sangka Islam datang cari aku merayu-rayu minta sekeping gambar jugak. Aku just bagi gambar dekat Aisyah dan Nurul saja. Tengok muka Islam buat aku rasa nak nangis. Maafkan cikgu. Ada juga berapa orang murid datang cari aku even aku tak kenal semata-mata nak salam dan ucap babai. Terharu kan. Guru besar pun ada bagi nasihat. Sedihnya! Tapi tadi ibu kata belajar la tinggi2. Ibu rasa aku tak sesuai jadi cikgu. Hmmm? Takdir Allah siapa tahu kan. Lepas maghrib terus tertidur. Ni 4 pagi baru terjaga dan sambung buat folio psv. Semoga cepat siap!! (^_^) "

Saja pulak aku nak throwback malam ni. Bukan apa, lama dah tak kongsi cerita dalam blog usang ni. Point dia cuma tentang pertanyaan ibu aku tu. Tak sesuai ke aku jadi guru? 


Islam. Semoga berjaya ;)

Oct 21, 2013

Merapu.



Aku fikir macam-macam.
Sampai lupa apa benda.
Fikir apa?
-______-

Oct 18, 2013

Sakit



Aku tak mengharapkan apa-apa balasan
Aku cuma inginkan keikhlasan.

Aku tak mahu kau bermasam muka
Aku cuma ingin kau ceria.

Aku tak rela semua bersikap hipokrit.
Ini semua sakit.


Sep 27, 2013

tajuk.






AKU KELIRU.






tolong aku?

















May 9, 2013

Laut Luas.

Entri pertama dan mungkin terakhir buat tahun 2013.
Ohh, teruknya aku. Semakin takut untuk aku coretkan kisah di sini. 

Maaf. Banyak perkara berlaku dan berlalu. 
Aku menjadi pelupa. Tak ingat apa yang sedang aku alami. Yang aku ingat saat suka duka hidup aku kira-kira tiga tahun lepas. 

Susah bila diri berubah. Susah bila diri tak kenal lagi siapa diri sendiri.
Susah, memang susah.

Ya Allah, permudahkanlah. Segala urusanku dunia akhirat. Aku mohon :')


*Tiba-tiba pandangan menjadi kabur. Patutlah. Ada air rupanya*

Aug 4, 2012

Akibat terlalu rileks!

At first...






In between...








Finally...


Jul 16, 2012

Gurauan serius!

Hey awas! Gurauan ada batasnya. Ianya boleh membangkitkan rasa amarah yang amat besar.






Ada satu kisah di mana mereka rakan sekelas sedang bergurau tentang hal yang kecil. Jika diikutkan tak patut dibahas pun dek logik akal kematangan mereka. Nada-nada yg digunakan semakin lama semakin keras. Balik kepada tujuan asal hendak bergurau senda mempertahankan perkara yg masing-masing sebenarnya tahu dan faham telah bertukar nafsu amarah. Kenapa? Seperti yg dinyatakan, ayatnya semakin keras dan tegang. Hal ini berterusan sehingga menimbulkan isu-isu yg terpendam yakni mengungkit. Dan mereka berterusan bertikam lidah bahawa "kau salah aku benar". Akhirnya, berlakulah perpecahan dalam kalangan mereka yg sebelumnya sangat harmonis. Maka dengan itu tertawalah syaitan-syaitan durjana kerana berjaya memecah-belahkan umat manusia.


Kerana mulut badan binasa. Pepatah yg lazim digunakan. Malah kita tahu bahawa lidah itu lebih tajam daripada bilah pedang. 


p/s: Saya minta maaf jika saya yg memulakan gurauan ini sehingga menimbulkan rasa amarah orang lain.
p/s/s: Saya baru dapat berita semasa menulis blog ini bahawa rakan sekelas saya Sani, ibunya telah meninggal dunia. Sani, harap bersabar. Moga ibumu ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah..

Jul 2, 2012

Selepas 20.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia :)
Kalau tahun lepas sebelum 20, maka entry kali ini selepas 20 lah! Hehe
Kalau dulu aku menangis sorang sorang dlm bilik sambut birthday,
maka kali ini aku senyum sampai ke telinga menyambutnya. 
Alhamdulillah ^______________^

Terima kasih kepada insan-insan yg sudi memberi ucapan selamat tak kira melalui facebook, twitter, sms, call dan berjumpa secara langsung :) 20 tahun yg paling bahagia sebab dpt wish from ayah. Doa ayah tu angah ameen panjang panjang. Seriously, sangat terharu. Ramai yg sayang aku, walaupun aku selalu ja rasa mcm forever alone. Ingat ibu pernah kata, berbaiklah dengan semua orang walaupun tak semua orang cuba berbaik dengan kita. 


29 Jun 1992 dan 1993.
Sarmi (my kembaq)
Daus (my adik)
Kembaq tiga. Hampa beranak pukul berapa eh?


Dear, Mimi Maslina
Terima kasih roomate. Dal syg Mimi.
Kenapa awak keluar bilik cepat sgt? Malu dgn Dal ye. Hehe


Dear, Ana and Diana
Koleksi HK yang makin bertambah. 
Malah, boleh buka muzium dah.
Koleksi terpelihara ;)
p/s: minta maaf kisah lampau.


Dear, Syazwani
Share the happiness.
Of coz saya happy. Ada kawan2 di sisi.
Always be with me :')


Dear, Syafawani 
Rakan train,
rakan berceloteh,
rakan pemberi semangat,
rakan berkongsi ilmu.
Terima kasih dari awal sampai akhir.
Belum akhir lagi kan?


Dear, Najwa
Terima kasih burung comel :)


Dear, Nadwoh
Nasib tak tulis Dalilo. Haha
Jangan lupa ada orang sayang hang!


:') Aku kawan kau lah. Bukan kakak kau.


Dear, Nadia
Kad ucapan lestari yg unik.
Aku pun tak suka apa yg hang tak suka :(


Ini bikin aku marah!
Kroni classmate lelaki memang jahat.
Mau menangis tak berlagu aku malam tu. Awas ya kalian. 
Ada lori ada bas, esok hari aku balas.


Thanks Ana for today.
Dah lama tak keluar dengan awak.
Gembira. Gembira :DD


with shout: TERIMA KASIH SEMUA ^_^

Jun 20, 2012

Emosi


Tahukah anda bahawa terlalu beremosi itu akan mendatangkan kemudaratan.

Marah yang berlebihan dapat menyebabkan sakit jantung.
Takut yang berlebihan menyebabkan kemurungan.
Kebimbangan yang berlebihan memudaratkan buah pinggang.
Sedih yang berlebihan menyebabkan sakit pada paru-paru.
Gembira yang berlebihan menyebabkan sakit jantung.
Malu yang berlebihan menyebabkan penyakit ulser dan penyakit hati.


p/s: Aku mempunyai kecelaruan emosi hari ini.
p/s/s: Emosi perempuan sukar dijangka dan diramal. Pelik.