Jan 30, 2011

macam mana nak jadi BAIK?

Macam mana nak jadi baik?
Untuk jawab soalan tu, aku rasa it's best to define 'baik' tu dulu.
Baik tu apa?
Baik tu baik la kawan... Bagi aku, sesiapa yg beriman dengan Allah tu 'baik'.
Okay. Beriman dengan Allah tu macam mana?
Kalau ikut kau, kau rasa apa yg kau faham dengan statement tu?
Apabila buat semua yg Allah suruh dan tinggalkan semua yg Dia larang?
Betul. Couldn't say it better myself.
Vague.
Let say kalau perempuan tu pakai tudung tapi tak solat, belum cukup baik lagi. Sama juga kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi.
Hmm..
Sama juga kalau untuk contoh lelaki. Kalau baca Al-Quran tiap-tiap hari tapi main bola nampak kepala lutut, tak cukup baik lagi. Atau kalau dah cukup solat lima waktu sehari semalam tapi pegang tangan anak dara orang yg bukan mahram sesuka hati, belum cukup baik lagi.
Ohh, macam tu.
Sebab Allah dah kata, ya ayyuhallazina aamanudkhulu fissilmi kaaffah. It's in al-Baraqah ayat 208. Maksudnya kalau nak ditafsirkan secara kasar. Allah kata; masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yg nyata. Maknanya tak boleh la nak practise Islam tu secara juz'ie. Secara berjuzuk-juzuk. Mana yg rasa kita nak buat, kita buat. Mana yg rasa tak nak buat kita redah langgar je. Tak jadi la macam tu. Tak cukup baik la kiranya.
Dah bunyi macam susah sangat la pulak nak jadi baik ni.
It's about masuk ke dalam Islam seluruhnya. Then THAT is baik.
Aku meraup wajah. Kalau nak diikutkan, aku pun belum cukup baik lagi. Tapi sedang berusaha ke arah itu. 
Dan kita kena ingat. Allah tengok usaha, bukannya natijah atau hasil.
Aku nak berubah menjadi baik. Insya-Allah..
 

Jan 27, 2011

Abang Nasir

malam yg sunyi dan sangat bosan.
duduk lepak lepak dalam bilik sambil baca novel.
suddenly, my phone vibrate. 
ohh, i got a message. from abang Nasir
fasilitator terbaik kem ARAS, still berhubung sampai sekarang :)
berbalas-balas message seketika..

abang Nasir:
sememangnya, 
semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian.
semakin bertambah bebanan, semakin kurang pula keupayaan.
hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan.
penuh ketenangan, menempuh dugaan.
moga kita semua dirahmatiNYA.
tuluslah dengan Allah, teluslah sesama INSAN.

sekali lagi aku cakap:
abang, saya rindu arwah silmi..

abang Nasir:
dia pernah bersama, bermain, bergurau senda bersama kita.
semestinya kita merindui, menyayangi dia.
tapi ada yg lebih menyayangi dia..

p/s: From HIM that i came, to HIM that will i be returned. Sepatutnya aku hidup untuk itu.

Jan 22, 2011

sakit

minggu nie minggu aku sakit. 
seperti yg tertera di atas dan tajuk entri; SAKIT
dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki *ops, over pula*

Ahad - Khamis
sakit otak, belajar melebihi kapasiti.
nak kata skor jawab test, tak pun!
Khamis dan Jumaat
sakit perut serta hati bersama jiwa raga. 
berkaitan dgn emotion sikit, biasa la tu bila teeett..
Jumaat malam dan hari ini, Sabtu
sakit kepala sangat sangat.
petanda yg sedia ada, nak DEMAM

okayy, nie memang minggu sakit aku. apa yang aku boleh buat saat nie, berguling-guling atas katil sambil tarik tarik rambut sebab kepala berdenyut tahap terok tadak dahh! boleh pula adik aku tanya; sakit rasa macam nak mati ke angah? Haih, mana la aku tau sakit nak mati tu mcm mana. Ajal maut di tangan tuhan adik. 

Baru aku sedar selepas terfikir. kenapa nak marah marah kalau sakit. Allah bagi kita sakit supaya kita doa kat DIA minta sembuh. Supaya kita tak lupa Allah itu maha Penyembuh segala penyakit.

Jan 19, 2011

Tunggu Sekejap

0140 pagi, semua orang dah tidur manakala aku masih lagi bersengkang mata. 
DAN... ketika inilah internet bapak mak adik abang laju gila!! Godaan sungguh. 
Buku ditenung di tepi laptop. Aku pandang sayu. 
Haih, tak boleh jadi nie. Sabar, sabar.. 
satu dah habis. dua baru saja habis. tiga belum lagi. 
Tunggu sekejap *ala ala lagu P. Ramlee*
^_________________^