Jan 30, 2011

macam mana nak jadi BAIK?

Macam mana nak jadi baik?
Untuk jawab soalan tu, aku rasa it's best to define 'baik' tu dulu.
Baik tu apa?
Baik tu baik la kawan... Bagi aku, sesiapa yg beriman dengan Allah tu 'baik'.
Okay. Beriman dengan Allah tu macam mana?
Kalau ikut kau, kau rasa apa yg kau faham dengan statement tu?
Apabila buat semua yg Allah suruh dan tinggalkan semua yg Dia larang?
Betul. Couldn't say it better myself.
Vague.
Let say kalau perempuan tu pakai tudung tapi tak solat, belum cukup baik lagi. Sama juga kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi.
Hmm..
Sama juga kalau untuk contoh lelaki. Kalau baca Al-Quran tiap-tiap hari tapi main bola nampak kepala lutut, tak cukup baik lagi. Atau kalau dah cukup solat lima waktu sehari semalam tapi pegang tangan anak dara orang yg bukan mahram sesuka hati, belum cukup baik lagi.
Ohh, macam tu.
Sebab Allah dah kata, ya ayyuhallazina aamanudkhulu fissilmi kaaffah. It's in al-Baraqah ayat 208. Maksudnya kalau nak ditafsirkan secara kasar. Allah kata; masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yg nyata. Maknanya tak boleh la nak practise Islam tu secara juz'ie. Secara berjuzuk-juzuk. Mana yg rasa kita nak buat, kita buat. Mana yg rasa tak nak buat kita redah langgar je. Tak jadi la macam tu. Tak cukup baik la kiranya.
Dah bunyi macam susah sangat la pulak nak jadi baik ni.
It's about masuk ke dalam Islam seluruhnya. Then THAT is baik.
Aku meraup wajah. Kalau nak diikutkan, aku pun belum cukup baik lagi. Tapi sedang berusaha ke arah itu. 
Dan kita kena ingat. Allah tengok usaha, bukannya natijah atau hasil.
Aku nak berubah menjadi baik. Insya-Allah..
 

No comments:

Post a Comment