Dec 28, 2010

jangan kacau, saya nak study!


'you(s)' STOP seducing me.
I'm already attracted with 'you(s)'
I won't let 'you(s)' go.
it's hard, pain :|

but, please..
I have a lot of work to be done.
Assignment and STUDY


'YOU(s)'
please go away, don't disturb me :
1. facebook
2. tv - hujung tahun, byk cerita best !
3. adik-adik, jangan ajak angah main laa.
4. hang out with buddies
5. katil yg empuk- tidur lagi bagus =.=


Dec 24, 2010

Anak Gadis. bukan Gadis Semasa.


Insan-insan yang dicintai:

Cikgu Adnan bin Nayan serta Cikgu Noor Ziha binti Bahauddin


Ayah dan Ibu:
anak gadis ini sentiasa belajar untuk taat kepada kalian.
anak gadis ini sentiasa belajar untuk menambah rasa cinta kepada kalian.
anak gadis ini sentiasa belajar untuk menjadi anak yang terbaik.



kerana anak gadis ini tahu,

redha Allah datangnya daripada redha ibubapa..

Buang yang keruh, ambil yang jernih

Thanks GOD.
Syukur Alhamdulillah.
Perasaan sangat legaaa..

Akhirnya dia sedar, keputusan yg nak dibuat tu salah sama sekali.


"bunga, andai ianya terlerai boleh digubah semula. tetapi gubahannya tidak akan sama seperti gubahan pertama. begitu juga manusia, sekiranya berpecah boleh disatukan semula. tetapi persoalannya, apakah penyatuan kembali itu akan semanis perkenalan pertama? apapun harus diingat, bunga gubahan kedua tadi mungkin lebih cantik drpd gubahan pertama."
-Nabila Ahmad-


Semua orang patut diberi peluang kedua.

Andai ada salah dan silap, tegurlah
cara berhikmah. Nasihatlah selagi termampu.
Kita berkawan saling melengkapi.
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Insya-Allah, persahabatan kita kekal selamanya.

Dec 20, 2010

jangan gelak. ini bukan lawak.

mereka ketawakan aku terbahak-bahak.
mereka tertawakan aku sehingga menangis.
mereka tersenyum penuh sinis bila aku beritahu bahawa:


1. Aku tak pandai bermain badminton
2. Aku tak reti bermain batu seremban
3. Aku tak boleh bawak motorsikal yg ada gear tu.

hmm.. benda yang majority orang boleh buat aku tak boleh buat. apakan daya :|

Dec 16, 2010

penangan sang lipas yang kacak

comel tak lipas kat atas nie? kalau comel macam nie dah lama aku bela. haha :)

Ini kisah bilik F4-03-11. Kecoh betul tadi. Macam kena serang dengan tentera taliban. Padahal lipas yang kacak lagi comel datang melawat je pun. Menjerit macam orang kena histeria, terlompat-lompat atas kerusi pulak tu. Haih. Kalau lipas tu ada hati dan perasaan dah lama lipas tu gelak berguling-guling. Mana tak nya. Lipas kecik, manusia besaq kedabak! Nisa muka cuak macam nak nangis. Farah terlebih bijak sembur lipas guna fabric starch. Dah pening pening lipas jadinya. So, sebagai penyelamat keadaan yang semakin tegang aku bertindak sebagai HEROIN. hohoho. Ini sangat best. Campak segala benda kat lipas tu. Tak juga mati. Lastly, amek penyapu katok katok lipas tu secara beregu. Hee, mati syahid sudah lipas kacak itu. tapi kan, tapi kan.. Afa kata aku comel pukul lipas tu. Haha, boleh pulak macam tu. Aku punya laa rasa bersalah jadi pembunuh versi kejam. Berdosanya aku :|

p/s: mood hindustan dah mai dah. now tengah tengok mujhse dosti karoge :DD

Dec 15, 2010

Hari Tekanan Sedunia

STRESS! STRESS BETUL AKU.
Andai tidak ada kesabaran plus iman yang kuat dah lama terkubur jasad aku nie. Minggu nie memang banyak betul dugaan yang diterima. Dari satu hal, satu hal yang lain pulak muncul. Baik akademik mahupun personal problem. Yang paling teruk pasal pelajaran laa. Muka dibuat sehabis cool mungkin, tapi muka COLD TER-tunjuk jugak. tak boleh simpan simpan. tak boleh selindung. tak boleh nak sorok sorok. Memang tension sangat. Apa lagi yang boleh buat, menangis jelah. Menangis macam orang tak pernah nangis before ni. haha, bunyi macam teruk. Call ibu, menangis lagi :"( Luah semua kat ibu pasal dalam kelas tadi. Alaa, ibu kata rileks laa. Small matter, kononnya. Tapi aku rasa macam orang bodoh gila yang nak memperbodohkan lagi diri kat depan kelas tadi. Lebih tepat, depan classmates. Muka rasa tebal tahap berapa inci pun tak pasti. Yang penting aku sangat malu. Apa yang mdm. tu nak pun tataw? Semua benda tak kena. Salah sama sekali. Kata beliau, kami terlalu malas nak research properly. Yes, honestly, i didn't struggling to make some research and mengkaji segala benda about that assignment dalam dalam. But what can you say if i have read about the article and adik beradik article yang related tapi tetap tak paham paham jugak? BODOH betul la kot budak nie!


tolong ambil perhatian,
buah cempedak di luaq pagaq
ambik galah tolong jolokkan.
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan.
saya bodoh bukan tak berilmu.
tapi ilmu tak cukup lagi
.

Dec 13, 2010

sila bangun, jangan terus bermimpi.

Cerita ini sudah berakhir sebelum waktunya. HAAAAHH!!! rasa nak menjerit. Rasa puas setelah aku jerih merasa penat. Hendak berehat seketika, aman damai serta tenang. Sekejap saja. Tolong, jangan larang aku. Benarkan aku rehat sebentar...

Gio - Getar Hati



i just love this song ;)

Dec 8, 2010

permainan orang-orang bosan =)

tengok!! tinggi tara mana boleh buat lagi??
rasa bangga melihat keutuhan bongkah-bongkah kayu tersebut.
jaguh bermain dikala bosan yg tak terucap :PP

Dec 7, 2010

manja :)

Orang kata: anak manja, sikit sikit nak balik rumah..

Aku kata: ibu ayah masih ada, pulanglah selagi ada kesempatan =)

Dec 5, 2010

untuk kamu

Ya masalah, kenapa anda muncul lagi?
tak pernah puas ganggu hidup aku.
tak pernah puas melihat air mata aku.
tak pernah puas membuat aku sedih.
kenapa???

oh, aku lupa. itu ujian ALLAH.
aku alpa seketika. hidup sentiasa ada dugaan-NYA.
maaf. aku lalai. buat sekian kalinya.


KENAPA masalah yg sama berulang kembali?
KENAPA aku tidak mengambil pengajaran yg lepas?
aku sememangnya tidak layak digelar sahabat.
sekali lagi aku mohon.
MAAFKAN AKU SAHABAT.

p/s: sumpah tada niat nak membelakangkan kamu.

Nov 29, 2010

OUH!

KEHADAPAN PMS TERCINTA,
TOLONG... MOHON KASIHANKAN SAYA.
JANGAN GANGGU SAYA LAGI.
SAYA TERSEKSA!!!!

Nov 20, 2010

azam baru, semester baru

bye2 home sweet home.
saya dah nak balik merbok tercinta.
tapi berat hati nak tingalkan home sweet home.
adik2 nanti saya mesti rindu.
memang la rumah dekat. tapi nak balik susah.
=_____________=



So, setelah berfikir tentang masa depan saya.
Saya bertekad nak study sungguh2 di semester 2 nie.
ini azam saya.
untuk mengelakkan saya terlupa akan janji2 saya,
saya dah buat check list for preparation in sem 2.

taadaaaaa !!!

Nov 11, 2010

pergi tak kembali

SAYA RINDU AWAK.
RINDU SGT NAK DENGAR SUARA AWAK.
TAPI AWAK DAH TAKDA.
AWAK 'PERGI' JAUH TINGGALKAN SAYA.

TIADA LAGI LAWAK JENAKA AWAK USIK SAYA.

SUNYI RASANYA.
SAYA REDHA. AWAK 'PERGI' DULU SEBELUM SAYA.
SAYA? AKAN MENYUSUL AWAK KEMUDIAN...



Arwah Silmi bin Samsuri.
08.05.1992 - 19.09.2010
Bersemadilah dengan aman di sana. Moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman..
AL-FATIHAH





kali terakhir jumpa. buka puasa bersama arwah :')



Nov 7, 2010

OMG!

dear diary,
beberapa hari yg lalu aku telah mengkemekkan kereta kesayangan ibu aku.
rasa bersalah masih menebal sehingga ke hari ini. remuk di bahagian depan kereta serta gate umah yg senget membuatkan ayah marah besar kepadaku. haish, malang tidak berbau kan. aku benar2 tidak sengaja. yolah, takkan sengaja nk langgaq kot? kepada ayah dan ibu tersayang, anakmu ini ingin memohon ampun sekali lg atas kecelakaan yg berlaku. hee~ dan terima kasih kerana masih membenarkan aku memandu kereta itu lg.

p/s: kata hazman husni, pengalaman men-terror-kan kita. hahha ^^

Oct 27, 2010

mulut kata pergi, hati kata mari.

apa tu? sebenarnya entry nie tada kaitan pon dgn tajuk di atas.
saja saja.
mungkin sebab bosan melampaui batasan.
fuhh!! apa nak cakap nie. eh bukan, apa nak taip nie??

AKU. sebelum tidur berazam untuk hari esok.
"esok nak buat yg lebih baik dari hari ini. pendek kata nak berubah"

AKU. bila dah bangun tidur.
"argh.. malasnya. hari nie rest dulu laah. esok masih ada. apa apa pon buat esok jelah"


see see. pendirian tak kukuh. apa ini? kata nak make something diff today. but delay its for tomorrow. bagaimana kalau hari esok tidak ada? haish !! insaflah.
niat sentiasa ada. tapi??? hmmm. fikir-fikirkan laa.

Oct 15, 2010

hey

hey kamu, sudah berubah yaa..
hey kamu, makin sombong yaa..
hey kamu, sudah lupa aku yaa..
hey kamu, yaa saya bercakap tentang kamu...

manusia. ada macam jenis. kita di sekeliling hanya memerhati. kemudian mentafsir. dan mengadili pula segenap hal. hebat bukan. aku bercakap tentang seseorang. DULU, kita pernah berkawan. malahan rapat. satu sekolah. kemudian masing2 pergi membawa diri mencapai apa yg dihajati. kita tak berhubung w'laupun tidak putus hubungan. sebab kita rasa dia sudah berubah. dan dia juga berfikir yg sama terhadap aku (mungkin). dia kata, aku mungkin sudah punya teman baru yg sudah menggantikan dia. dan aku kata, dia sgt bahagia dgn kehidupan dia sekarang. usah diganggu. tempoh ini berpanjangan..berlarutan. kenapa jadi macam nie?? jangan tanya aku kerana aku masih buntu dalam terkilan.

hey kamu, sedarlah aku tidak pernah menjadikan teman baruku sebagai pengganti kamu. posisi kamu dlm hatiku tdk bole ditukar milik. kamu hanya kamu. orang yg pernah berdampingan, bersama ketawa menangis, berbahagia bersama aku. tiada yg lain kawan (:

Oct 10, 2010

kata depa.


depa kata..
depa habaq..
depa cerita..

hey kawan; tu kata depa.

kita dengar..
kita tengok..
kita percaya..

hey kawan; jgn jadi bodoh.


Sep 27, 2010

dalam hati ada taman

hey kenapa macam nie??
sat2 nak senyum sampai ke telinga.
hati tgh berbunga-bunga.

tak salah kalau kita menyukai seseorang.
normal laah sebab kita punya feeling.
aku pun tak terlepas dari benda alah tu.
alaaa, simpan diam2 suda.
nak kena bgtawu ke benda tu kat orang lain? atau si dia?
TAK PAYAH. itu rahsia dunia akhirat.

cuba tanya; apa sebab aku suka dia? kenapa aku pilih dia?
jawapannya, ENTAH.
aku suka dia tanpa sebarang sebab.
aku lihat dia tanpa sebarang tanggapan.
aku mati kutu bila berdepan dengan dia.
aku berdebar bila bersebelahan dengan dia.
aku kelu bila mula berbicara dengan dia.

Haishh!!
aku tak paham kenapa aku begini.
kata hati ini adalah cinta.
aku menafikan.
kerana aku tahu
aku tidak layak untuk itu.
kerana aku tahu
aku hanya bertepuk sebelah tangan.
dan yang lebih penting
dia tidak sedar akan kehadiran aku.

haha, jiwang tak??
euww.. geli gila tulis entri mcm nie.
sumpah kelakar.
oke fine. jgn gelak lebih-lebih.
ahahaha ;)

p/s: to mr. a, terima kasih kerana sudi memenuhi ruang hati ini (:

Sep 21, 2010

entry blog myspace

OKE aku punya sebab tersendiri kenapa aku post entry yg dah lama lepas.
entry aku copy and paste balik dari blog myspace.
INI KENANGAN!!

..................................................................................
PERISTIWA SATU..

tiba-tiba ja teringat sama itu genting.
kenangan dgn kawan-kawan sgt laah gumbira lepas abes SPM.
mula-mula plan mcm ta jd. tp kesungguhankuh na bwt jugak akhirnya terlaksana. haha dgn bantuan kawan2 yg laen jgak.
kesah ini kira2 4 bln yg lalu. tarikh keramat 20,21,22 disember 2009

20 disember 2009
mlm tu kitorang gerak jam 12 mlm. bas laguna. cantek ouh ;)
berkumpul depan ipd. tp saya ngn ziqa nek dulu dari rumah. ngee~
sgt teruja mlm tu smpai ta tdo pon dlm bas.

21 disember 2009
pg tu siap2 kt r&r. mandi ala2 p ramlee n makan. hahah. sampai genting lambat ckt. patu nek pulak gendola ramai2 tuh. ketaq seyh. saya seorang yg gayat oke. smpai kt atas tros masok snow world. masa nilaah dpt disaksikan rakan2 kuh kembali menjadi kanak2. sampai berguling2 atas salji. hahah poyo. patu, the fes xtrem game yg saya nek adalah flying coaster. sumpah ta nek daa.
memang seronok sgt tym tu. dah la bwu je abes paper spm. teros bersuka ria.
blk dari genting turun kl. siyes summe muka ketat ja. masing2 penat kot.
tdo kt hostel pusat sukan. dgr kata bdk laki bwt projek mlm tu. sapa la yg jd mangsa sapuan colgate kat muka tuh. ahaha. jahat sungguh noe.

22 disember 2009
bgn pagi gosok gigi guna ubat gigi darlie. eh nama aku ka?
haha. ta pueh tdo. dah la mlm tu black out. tp saya ta sedar pon.
teros gerak ke lokasi seterusnya. ronda2 kl.
p mana?
muzium, tugu negara, klcc, putrajaya.
masa kat tugu tu besh giler. tiru aksi perwira tu laah. sampai mat saleh pon heran tgk kitorang. "apa hal la bdk2 nieh?" hahah.
kat klcc lagi la haru. asyik sesat ja. nmpak sume arah sama je.
petang tu pulanglah kitorang ke sp. ouh no! tayar bas pecah masa na masok r&r rawang. naseb ta jd apa2. nie bdk2 yg duk blakang la berat sgt.

masa begitu cepat berlalu.
rasa mcm terngiang-ngiang lg suara bdk gila mic duk karok. sapa lg silmi ngn rasul laah. yg paling saya ingat lagu apa tah. taxi driver?? hahahah gelak mcm na pecah pewot. thx yaw sapa2 yg pegi tu. korang mmg supportive habes.

p/s: sgt syok bila maeen lif kat genting yaw. plus bila lift bg warning OVERLOAD









































PERISTIWA DUA..

Entri kali nie panjang plak. ya lah. sebab manyak benda yg nak diluahkan.
so, sapa yg nak baca silakan terus membaca..
Saat ini saya amatlah merindui insan2 yg bergelar guru saya. sekolah dah tamat, baru la nak hargai mereka. ish3

yang pertama ;
Saya rindu nak dgr suara cikgu Ashrof bwat lawak bodo dia tu dan marah a.k.a berletiaq kat kami sbab ta hantar homework. keja skula bm yg berlungguk dan ta penah siap tu dia bagi mcm ta masok akal. nasihat2 yg dia selitkan bila duk cakap merapu. bila dia bertabliq, byk benda yg kami tanya. saya ingat lg bila dia crita psai tikus masok kain cegu tym bawu bangun tido. gila lawak. satu kelas non stop gelak sakan smpai ada yg gelak bersujud atas lntai (zakwan la tu-over sgt). sungguh laa saya anggap cegu ashrof mcm ayah kedua saya.. bila smpai detik2 terakhir kami dgn dia, cegu cakap yg dia syg sgt kami semua. kata beliau; sepanjang saya menjadi guru, kami lah yg plg spesel; banyak benda dan perkara dlm kehidupan yg saya blajar dari kamu dan kamu jgak byk blajar dari saya; jgn cepat putus asa. itu lah kata2 cegu pada the last class cegu dgn kami.
sungguh mengharukan. dia seorang guru yg sanggup mengalirkan air mata kerna kami!

yang kedua ;
Teacher Goh Lay Hwa. nie spesel pnya cegu. senyumannya amat lah mahal, hanya jelingan yg sering dlemparkan. haha. yalah, asyik bwat mama goh hangat hati je. smpai la nie saya heran deh, knapa la si amir, silmi dan seangkatannya suka sgt kaco mama goh. suka sgt bg mama goh naik angin. act, mama goh mmg cute pon tym marah. urm, smpai telinga pon dah capang gara2 kena tarik ngn mama goh slalu. ayat yg menjadi igauan kami " i'll pull your ears!!". habaq mai sapa anak didik mama goh yg ta penah kena tarik telinga? satu lg, mama goh sgt terkenal dgn sifat gigih yg amat dasyat. satu benda ja tension giler ngn mama goh nie. suka bwat xtra klas sesuka hati beliau. smpai cuti last sem '08 pon dia bwat xtra klas. ta masok akal langsong. tp sorry3 tecer. exam kimia kami slalu fail. hrap2 spm nie kami pas yer..

yang ketiga ;
Pn. Zainun. first impression; sgt terok ouh; sgt dasyat; ayat dia 18XX. hoho. selingan yg menarik utk didengari. sapa terasa amek sbab dia ada kesah? tp last2 dah biasa dgr ungkapan2 ciknon tu. masok telinga kanan, kuar telinga kanan balik. haha. satu je prob ngn ciknon nie. masalah mengingati nma students dia. suka-suki je dia menukar-nukar nma kami. urm, act ciknon dah mintak maap kat kami atas ketelanjurannya dlm berkata-kata. sebenaqnya dia nak bwat lawak. tp terover lawak lak. haha. and last, sbab ciknon lah saya mencintai biology. ahahha ;)

yang keempat ;
Seorang guru yg suka chong kami. sir chong yg sentiasa smart weh. kalo tym math tu riuh ckt la klas. bole la dlm soal jawab-menjawab. tp kalo addmath. sunyi sepi klas. itu cuma sementara tym form4. nek form5 sayap dah keluar jd lalat hijau. haha. sir yg keterbiasaan dgn panggilan saya-anda amat lah dikagumi dgn kepantasannya berlari ke klas sharp on tym atau smpai awai mmg menajubkan! agak2 dia pelari pecut kot dulu? hehe. satu lg ayat biasa sir sebut tp saya tersemput-semput nak sebut; u see wht i see, i see wht u saw, bla bla bla.. sampai sekarang saya ta bole hapai =(

yang kelima ;
Barieng Anak Jugah. Pn. Badariah. sejarah kembali berulang. i love history. hahak.
kadang2 geram jgak sama teman2 kelas saya. suka tukar fakta sejarah. cegu bada pon slumber je galak sama. ayat dia; hai abang.....nak tak nak kene jugak. ahaha. i lebiu lah cegu bada. sentiasa ketawa,ketawa,ketawa smpai abeh waktu sejarah.

yang keenam ;
Tak larat nak cerita daa. penat nak tulis. haha.. sowi kpd guru yg ta dsebut. saya tiada kesempatan nak tulis lanjut. nmpaknya hari pun dah malam. saya mengantok. ahahaha. opps. satu lg. saya benci tym pendidikan jasmani dan kesihatan.
sebab itu lah saya kurang sihat. haha. sebenaqnya saya penah terkantoi ponteng kelas pj. gara2 bosan dgn aktiviti terlompat-lompat tu saya malas laa nak turun court. malangnya ada plak kaki report tripod stand nie ngadu kat cegu. akibatnya kena denda berdiri tepi court stengah jam. panas deh, tp hati nie lg panas.

p/s: terima kaseh pada sesiapa yg sudi baca smpai abeh. ;)..

.....................................................................


nampak tak? dua kesah yg berbeza tapi punya satu persamaan.
keceriaan; kegembiraan; keriangan bersama kawan2 zaman sekolah.
itu kenangan...





Sep 18, 2010

makin dekat dan berlalu

syawal aku sudah habis walau masih lg bulan syawal.
resah gelisah bila memikir exam itu makin menghampiri.

apa nak dibuat buku pun tak sentuh lagi.
ish TAK BOLEH JADI nie.

maka dengan itu aku memutuskan..
pulang ke Uitm Merbok dengan segera.

ALL THE BEST NUR DALILAH ADNAN
CHAIYOKK ; FINAL EXAM..

Sep 7, 2010

tajuk blog..


dengan lafaz bismillah.
untuk sekian kalinya blog direka.
mungkin tidak berpuas hati dengan blog sebelumnya.

kenapa 2 kali 5 tak sama 5 kali 2??

bukankah ianya sama, serupa, same and what so ever.

aku punya jawapan untuk persoalan ini.
mcm rambut sama hitam, hati lain-lain.
intipatinya tetap berbeza.

insya-Allah blog ini akan dimeriahkan dengan entri2 yg menarik.
semuga bergembira
From D 2 u