Jan 30, 2011

macam mana nak jadi BAIK?

Macam mana nak jadi baik?
Untuk jawab soalan tu, aku rasa it's best to define 'baik' tu dulu.
Baik tu apa?
Baik tu baik la kawan... Bagi aku, sesiapa yg beriman dengan Allah tu 'baik'.
Okay. Beriman dengan Allah tu macam mana?
Kalau ikut kau, kau rasa apa yg kau faham dengan statement tu?
Apabila buat semua yg Allah suruh dan tinggalkan semua yg Dia larang?
Betul. Couldn't say it better myself.
Vague.
Let say kalau perempuan tu pakai tudung tapi tak solat, belum cukup baik lagi. Sama juga kalau cukup solat tapi tak pakai tudung, tak cukup baik lagi.
Hmm..
Sama juga kalau untuk contoh lelaki. Kalau baca Al-Quran tiap-tiap hari tapi main bola nampak kepala lutut, tak cukup baik lagi. Atau kalau dah cukup solat lima waktu sehari semalam tapi pegang tangan anak dara orang yg bukan mahram sesuka hati, belum cukup baik lagi.
Ohh, macam tu.
Sebab Allah dah kata, ya ayyuhallazina aamanudkhulu fissilmi kaaffah. It's in al-Baraqah ayat 208. Maksudnya kalau nak ditafsirkan secara kasar. Allah kata; masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yg nyata. Maknanya tak boleh la nak practise Islam tu secara juz'ie. Secara berjuzuk-juzuk. Mana yg rasa kita nak buat, kita buat. Mana yg rasa tak nak buat kita redah langgar je. Tak jadi la macam tu. Tak cukup baik la kiranya.
Dah bunyi macam susah sangat la pulak nak jadi baik ni.
It's about masuk ke dalam Islam seluruhnya. Then THAT is baik.
Aku meraup wajah. Kalau nak diikutkan, aku pun belum cukup baik lagi. Tapi sedang berusaha ke arah itu. 
Dan kita kena ingat. Allah tengok usaha, bukannya natijah atau hasil.
Aku nak berubah menjadi baik. Insya-Allah..
 

Jan 27, 2011

Abang Nasir

malam yg sunyi dan sangat bosan.
duduk lepak lepak dalam bilik sambil baca novel.
suddenly, my phone vibrate. 
ohh, i got a message. from abang Nasir
fasilitator terbaik kem ARAS, still berhubung sampai sekarang :)
berbalas-balas message seketika..

abang Nasir:
sememangnya, 
semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian.
semakin bertambah bebanan, semakin kurang pula keupayaan.
hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan.
penuh ketenangan, menempuh dugaan.
moga kita semua dirahmatiNYA.
tuluslah dengan Allah, teluslah sesama INSAN.

sekali lagi aku cakap:
abang, saya rindu arwah silmi..

abang Nasir:
dia pernah bersama, bermain, bergurau senda bersama kita.
semestinya kita merindui, menyayangi dia.
tapi ada yg lebih menyayangi dia..

p/s: From HIM that i came, to HIM that will i be returned. Sepatutnya aku hidup untuk itu.

Jan 22, 2011

sakit

minggu nie minggu aku sakit. 
seperti yg tertera di atas dan tajuk entri; SAKIT
dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki *ops, over pula*

Ahad - Khamis
sakit otak, belajar melebihi kapasiti.
nak kata skor jawab test, tak pun!
Khamis dan Jumaat
sakit perut serta hati bersama jiwa raga. 
berkaitan dgn emotion sikit, biasa la tu bila teeett..
Jumaat malam dan hari ini, Sabtu
sakit kepala sangat sangat.
petanda yg sedia ada, nak DEMAM

okayy, nie memang minggu sakit aku. apa yang aku boleh buat saat nie, berguling-guling atas katil sambil tarik tarik rambut sebab kepala berdenyut tahap terok tadak dahh! boleh pula adik aku tanya; sakit rasa macam nak mati ke angah? Haih, mana la aku tau sakit nak mati tu mcm mana. Ajal maut di tangan tuhan adik. 

Baru aku sedar selepas terfikir. kenapa nak marah marah kalau sakit. Allah bagi kita sakit supaya kita doa kat DIA minta sembuh. Supaya kita tak lupa Allah itu maha Penyembuh segala penyakit.

Jan 19, 2011

Tunggu Sekejap

0140 pagi, semua orang dah tidur manakala aku masih lagi bersengkang mata. 
DAN... ketika inilah internet bapak mak adik abang laju gila!! Godaan sungguh. 
Buku ditenung di tepi laptop. Aku pandang sayu. 
Haih, tak boleh jadi nie. Sabar, sabar.. 
satu dah habis. dua baru saja habis. tiga belum lagi. 
Tunggu sekejap *ala ala lagu P. Ramlee*
^_________________^

Jan 15, 2011

pesanan ringkas

pesan seorang kawan: jangan give up.
pesan seorang ibu: tamatkan apa yang telah dimulakan.
pesan seorang opah: balaslah jasa ibu bapa kamu.


p/s: aku berpesan pada diri sendiri agar mengingati pesan di atas.

Jan 12, 2011

jangan tinggal daku :|

saya minta maaf.
saya minta maaf tau.
sekali lagi saya minta maaf.
saya minta maaf....

semuanya salah saya. 
lately, saya jarang layan 'awak'. 
saya sibuk. 'awak' merajuk.
'awak' pergi tinggalkan saya.
'awak' yang paling saya sayang.
'awak' yang paling comel bagi saya.
sampai hati 'awak'.

saya sedih, terkilan dapat berkenalan dengan 'awak' sekejap saja.
tak apalah. mungkin jodoh kita sampai di sini saja.

p/s: rasa nak lepas saja ikan-ikan gapi yg lain. bebas di tasik Uitm :')

Jan 11, 2011

derma darah weyy!

Kisah Seorang Student dan Nurse Comel. location: Dewan Mini


student D: yeah! saya nak derma darah. (berjalan dan mengambil borang)

kawan-kawan: kau yakin ke nie? macam tak percaya je ^^ (keningkeningsikit)

student D: eh, jangan pandang rendah pada diri yang dah sedia rendah nie!

nurse comel: adikk, dah check belum? berat berapa? kita tengok berat dulu.

student D: belum. (naik atas penimbang dgn muka penuh confident)

nurse comel: adikkkk!!! berat tak cukup! 42 kg je. (dengan kuatnya dia menjerit dan semua org melihat aku)

student D: waaa, tak boleh ke? nak derma juga. boleh laa boleh laaaa... (muka mintak simpati)

nurse comel: tak boleh, memang syarat mcm tu. at least 45 kg adik. tak boleh derma, kena kena darah adik pun tak cukup. lain kali makan banyak sikit eh. (cuba memujuk)

student D: hmm, takpa laa, saya derma kat nyamuk jelah -__-



p/s: Kepada sesiapa yang melengkapi syarat-syarat yang dikehendaki untuk menderma darah, silalah berbuat sedemikian. Bukan sakit pun dan tak mati pun kalau derma darah yang tak seberapa banyak tu. Menyelamatkan nyawa seseorang itu lebih bernilai mulianya. Jangan jadikan alasan sibuk takda masa, takut jarum serta alah darah. Itu alasan yang sgt lapuk. Alasan terbaru yg baru aku dengari, TAKUT GEMUK. Gemuk tara mana la sangat kalau derma pun tak banyak mana. elehh!


*******************************
motif gambaq ini?
fokus pada mata aku

see see, eye bag makin teruk ohh.
bahana tidur lewat almost every nite laa nie. haih
-.-"

Jan 10, 2011

K-POP 2010 (special mash-up)


dengar & lihat sambil goyang goyang kepala serta bahu.
sumpah best :DD

Jan 9, 2011

bukan susah atau sukar pun

Hari ini aku bukan belajar benda yang baru.
Tapi belajar benda yang sama.
bukan susah atau sukar pun.

MASA diberi perlu ditepati.
KERJA diberi perlu dipertanggungjawab.
bukan susah atau sukar pun.

Dari kecil hingga ke besar.
Benda yang sama tetap diajar.
bukan susah atau sukar pun.

"saya, NUR DALILAH BT ADNAN berikrar.
*sambilmengangkatkelimalimajarijemariyangcomel*
akan cuba menepati MASA yg diberi,
bertanggungjawab atas KERJA yg diberi."
bukan susah atau sukar pun ^^

Jan 8, 2011

teka teki

bosan bosan bosan !!!!!
rumet hilang ke mana entah, yg lain-lain keluar tinggal aku sorang sorang.
nasib anak-anak bunda ada. kita main sama sama ea.
main apa yaa. hah main teka teki bergambar jom ^^

Berapa banyakkah muka yang boleh anda jumpai di dalam gambar di bawah ini?


Jawapannya tengok gambar kat bawah nie


satu lagi: muka pacik tu ler. hee (^_^)

hari orang tua (:


SELAMAT HARI LAHIR SITI NABILA BINTI AHMAD
19 tahun sudah kamu :PP

rasanya kita kenal dah agak lama. since form one kot. kat sultanah bahiyah kan. aku tau hang sure tak berapa kenal aku sgt time tu. yelah, aku sekolah situ kejap je kan. tapi aku ingat sgt kat hang. budak gangster yg nama dia selalu kena panggil. gelaran NBA. tak sangka jumpa balik kat sini, UiTM Merbok. yang paling tak sangka kita sekelas dan boleh pula jadi best friend kan. haha. dunia dunia :)

nak tau tak? hang orang yg paling pelik aku pernah kawan. gelak kuat, nangis kuat, kenakan orang lagilah kuat. pasal plan malam tadi, jenuh otak memikir mcm mana nak kenakan hang. orang mcm hang dah expert buat prank mestilah boleh hidu apa yg kami nak buat kan. hee~ tidoq awal la konon malam tadi. takut la tu. padan muka kena juga. hihi. err, nak tau ka ramuan yg aku simbah kat hang semalam tu? huhu, [teloq+tepung+kulit kacang+rumput] simple saja. aku tak la kejam sgt nak buat dajey kat hang. aku tak sehebat hang dalam bab bab kenakan orang nie. anda juara!! HAHA

sorry la, sebab nak plan benda nie hang sedikit terkilan dengan aku. first, aku tipu kata nak buat slide sama-sama. aku ckp nak naik bilik tidoq kan. actually aku kuar ngn jiha beli barang. second, aku maya jiha mimi datang bilik hang lambat. ingat kami sombong la apa la, tak ingat birthday hang la kononnya. padahal kami tgh pikiaq macam mana nak bawak turun hang kat bawah sat lagi. tu yg lambat sikit. maap ye ^^

I LOVE YOU, NABILA BINTI AHMAD [NBA]


Jan 4, 2011

selamat datang anak-anak bunda


IKAN GAPI

apa yang dicari sudah dapat.
f4-03-11 menerima penghuni baru.
bunda Dalila,
aunty Afa,
aunty Farah,
aunty Nisa,
kami dengan ikhlas hati
sedia memberi kasih sayang.


ikan gapi empat ekoq telah dibeli ^^


sukaaa (^_^)

Jan 1, 2011

era baru, dunia baru. serba serbi baru.



bye-bye 2010,
jaga diri elok-elok tau 2010.

hi-hi 2011,
jangan nakal-nakal yaa 2011.

i love you 201o and 2011
okayy, daa..